Produk

Produk

Sabtu, 12 April 2014

Brooch lagi.. ^_^

Salam semua..

Okeyy...di sebabkan bulan lepas saya berhutang 1 entri, so bulan ni saya akan buat 3 entri untuk membayar balik hutang bulan lepas. Bukan apa..da janji dengan diri sendiri, da ada blog mesti rajin-rajin update selalu..

Kita terus kepada topik utama, sebenarnya agak teruja nak update entri kali ni. Penuh warna warniii...! I like..!!

 Brooch pelangi ni sebenarnya termasuk dalam kategori 'projek tertangguh' sebab dah lama nak try buat kelopak bunga ni dan baru kali ni berkesempatan mencuba.. Cantik warnanya kan? Saje nak try buat warna pelangi memandangkan stok reben menimbun-nimbun gara-gara tempahan yang terdahulu.. Apepun ada hikmahnya kan...


 Yang ni pula tak taulah i nak bagi nama apa. Tengok sekali imbas macam bunga cengkih pun ada kan? hehehe... Tapi bunga ni terhasil daripada 2 teknik lipatan bunga kanzashi. Sori to say la kalau warnanya tak berapa ngam sebab i memang tak pandai nak mix and matchkan warna..


Okey..yang ni pun dah lama nak try buat. Tapi macam tak yakin nak teruskan bentuk designnya.. Pada mulanya nak buat design lain, tapi tiba-tiba adik perempuan bongsu saya saya bagi support untuk cuba improvekan balik design yang ni,barulah saya dapat ilham untuk buat semula. Nampak cute lak bila da siap banyak-banyak gini.. (sori gambar yang bawah agak kabur sebab anak dok kacau nak ambil gambar)

Semua brooch-brooch ni bukan tempahan kerana buat masa sekarang saya dah tutup semua order. Ni semua adalah untuk dijual. First time buat khas untuk dijual offline..tak taulah macamana sambutannya nanti...

Ok..sekian dulu untuk kali ni...bye-bye..

Tiada ulasan: