Produk

Produk

Rabu, 25 Disember 2013

Order lagi..

Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Alhamdulillah..lebih kurang 2 minggu lepas baru update blog dan hari ni 'terrrajin' lagi meng'update' blog kesayanganku ni.. Bulan Disember ni sebenarnya bulan untuk memfokuskan diri pada anak-anak.. Baru je bercadang nak cuti tiba-tiba dapat beberapa order dari fanpage ku. Walaupun macam tu, saya terima gak. Bukan kerana duit semata-mata, tapi yang paling penting PENGALAMAN!

Haa..order kali ni diterima daripada adik Dayah. Dia nak tempah door signage untuk hari istimewanya.. Walaupun dah pernah buat signage, kali ni adik ni request signage daripada papan. Hiasannya macam biasa, saya gunakan hiasan berasaskan bunga-bunga quilling.. Kite tengok jelah gambar-gambar kat bawah tu ye..




Ok, order kedua dari adik Dayah ialah Birthday Card utk bakal suaminya.. Disebabkan dah lama pasang niat nak buatkan kad pop-up untuk mana-mana customer yang order kad, kalini saya buatkan kad pop-up untuk dia. Walaupun dia tak minta nak buat macam ni tapi nasib baik dia suka dengan hasilnya, malah tak sangka saya akan buatkan kad yang macam ni untuk dia.. Jom kita cuci mata dengan hasil yang dah dibuat tu k..



Dan dibawah ni pula untuk muka depan kad, simple je sebab yang di'highlite'kan adalah yang didalam kad. Tapi simple-simple pun ada unsur quilling sikit ditelakkan di situ.. harap-harap yang ni pun dia puas ati. Huhu..



Rasa macam kembali zaman bercinta dulu plak rasanya masa buat kad ni. Maklumlah...last buat kad masa zaman tulh. Sekarang da ada depan mata, wish pakai mulut je. Paling2 rajin pun buat video klip....
(Huhu...yg tu macam da trlebih rajin la pulak...kan??) Apepun, macam biasa..sape-sape yang brminat nak wat tempahan, pm je saya di fanpage fb Alin Craft Lover k.. Daa...


Selasa, 10 Disember 2013

Kelas Asas Kraf Felt


Cuba-cuba nak wat kelas asas kraf sendiri.. Langkah pertama untuk melangkah lebih jauh. Sesiapa yang berminat nak turut serta pm kan nama, umur dan aktiviti yang ingin disertai ke Fan Page Facebook Alin Craft Lover k.....

Jumaat, 29 November 2013

Door Signage

Bismillah... alhamdulillah... berkat kerajinan bulan ni, bertemu lagi untuk entri ketiga bagi bulan November. Actually kali ni bukanlah tempahan dari mana-mana. Signage-signage ni dibuat untuk adik-adik saya.. Teringin nak wat yang special untuk mak-makku di kampung. Sebenarnya sekarang ni tengah mood nak balik kampung je ni, di sebabkan macam da agak lama tak balik so saje watkan something untuk adik-adik..



 
 Okey..signage-signage yang di atas tu untuk sepasang adik-adik saya yang masih single.. Saje watkan sebab asyik watkan orang je,kali ni bagi diorg pula. Huhuhu...


Yang ini pula signage untuk adik bawah saya. Namanya Haryantie dan suaminya Faizal..sebab tu dekat signage tu saya letakkan nama diorg. Dah lama diorang tempah, maklumlah dah duduk rumah sendiri, mestilah nak hias rumah sendiri..

 
Bunga-bunga quilling percubaan kedua. Tengah kemaruk dengan quilling..so apelagi, try lagi dan lagi.. Hehehe...
Pandangan sisi door signage.

Kebanyakan door signage ni saya gunakan foam sheet sebagai material utamanya. Sebab kalau guna felt takut basah kna tempias dek hujan...lainlah kalau signage tu nak letak dalam rumah contoh untuk Bilik Tetamu, Bilik Solat, Ruang Belajar, Sudut Makan..dan lain-lainlah. So, kalau ada yang berminat macam biasalah, calling-caling je saya or pm je k.

Oh, ya! Kalau nak tengok lain-lain signage yang pernah saya buat boleh klik kat SINI ye...t.kasih semua...

As salam..



Sabtu, 23 November 2013

Guestbook pula.. ^_^

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah..satu lg pengalaman baru dapat dicipta.. Dah lama teringin nak try buat guestbook ni. Tengok hasil kerja org nmpak sooo 'gojes'! Sangat cemburu! Hehe.. kali ni dapat tempahan untuk membuat Wedding Guestbook. Teknik yang digunakan adalah teknik quilling yang mana ianya sangat glamer dikalangan krafter untuk membuat cover guestbook ni.

Bagi yang tak pernah dengar, quilling ni satu teknik di mana kite akan gunakan majoritinya material kertas yang digulung dalam beberapa cara dan kemudiannya dibentuk menjadi bentuk2 yang diinginkan. Sebenarnya untuk kraf ni kita perlukan beberapa tools bagi memudahkan prosesnya. Tapi disebabkan ini adalah tempahan dalam kategori 'urgent' maka xsempatlah saya nk pegi mencari alat-alatan, ditambah pula dengan modal yg da tinggal berapa sangat ni, saya hanya gunakan apa yg ada je mengikut kreativiti sendiri..

Oklah...malas nak taip panjang-panjang. Jom kite cuci mata dengan gambar-gambar yang dah saya sediakan di bawah tu ye...

Bunga-bunga hasil dari gulungan kertas siap sedia untuk diletakkan sebagai hiasan di muka depan guestbook.
Bunga-bunga dah selamat ditampal. Hiasan tambahan seperti manik-manik menambahkan lg seri bunga yang cute ni..

Seperti yang diminta oleh tuan punya buku.....gambar pasangan bakal pengantin.. Sama cantik sama padan..kan..? :)


Pandangan sisi 'buku tetamu' untuk bakal pengantin.. puas ati sgt!

Daripada isi, kulit, dan hiasan semuanya handmade. Buku tak beli siap tau..nk cari pengalaman dan disebabkan nak tau sendiri macamana proses buat buku, sanggup i buat dan belajar buat sendiri. So, kalau ada sesiapa yang teringin nak tempah bolehlah hubungi sy k..harga boleh dirunding.. Tapi kalau rasa mahal, harap memahami sebab proses membuatnya bukanlah sesuatu yang mudah... 

p/s: perasan tak pada sesetengah gambar i da letak 'watermark'. bru nak belajar guna privasi sendiri.. (walaupun sebenarnya malas i letak watermark-watermark bagai..hmm...)

Jumaat, 15 November 2013

Musim Naik Pelamin Punya Hal..

Bismillah.. Haha..tengok tajuk je pun da tau ape agaknye yang akan diceritakan dalam entri kali ni. Bulan lepas sangat berharap dapat wat bantal pengantin. Alhamdulillah..nampaknya masih berkesempatan untuk berkraf. Walaupun bukan tempahan orang, tapi rasa puas ati sangat sebab sekurang-kurangnya da ada pengalaman buat benda-benda ni..

 

 

Gambar tu semuanya tentang BANTAL CINCIN yang saya buatkan khas untuk adik ipar saya..temanya gold.. Cover bantal dibuat daripada material flanel yang lembut, bunga-bungaan tu pula dibuat daripada ribbon satin..100% handmade tau.... ^_^


Ok...singage tu pula saje saya buatkan untuk dia.. Bukan ape,bleh gak jadi props mase photo shoot dia.. Tapi, kalau ada sesiapa berminat, signage ni sesuai juga digantung sebagai signage di pintu bilik, pintu utama atau di ruangan kerja anda..



Bantal pinky yang sweet ni sebenarnya hadiah dr anak saya untuk cikgunya. Hujung bln nanti katanya, memang sama tarikh dengan my brother in law. Disamping sebagai hadiah, tujuan lain adalah untuk tujuan promosi.. Mana tau lepas ni cikgu-cikgu dia berminat nak tempah pula. Hehe.. Bantal ni bersaiz 12"x12".. Covernya dibuat daripada flanel, huruf-huruf dari felt, dan bunga-bunga daripada ribbon satin.. Berkenan? Apelagi...meh la tempah cepat sebelum barisan menunggu jadi panjang.. ;)

Selasa, 8 Oktober 2013

Cover for Tissues Box

Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga menghasilkan something sebelum menjelang raya haji ni. Sebenarnya tak pernah buat sale, kebanyakannya buat untuk guna sendiri dan hanya bila ada tempahan.. Tapi kali ni saje nak tengok sambutan n saje-saje nak wat test market. hehe...


Kod : KT01
Saiz: 5" x 8.5" x 3"
Warna Cover: Biru + Turqoise


Kod : KT02
Saiz: 5" x 8.5" x 3"
Warna Cover: Hijau + Turqoise


Kod : KT03
Saiz: 5" x 8.5" x 3"
Warna Cover: Ungu + Merah Jambu


Kod : KT04
Saiz: 5" x 8.5" x 3"
Warna Cover: Ungu + Hijau

 Itulah dia antara kotak tisu edisi terhad eksklusif dari Alin Craft Lover. Harganya cuma RM25 (tidak termasuk kos penghantaran). Sape2 yg berminat nak kumpul koleksi ni bolehlah order sekarang k..

Hajat hati lepas ni nak buat bantak pengantin pula memandangkan da dekat-dekat hujung tahun ni mesti ramai yang nak naik pelamin. Tapi tak taulah tercapai ke tak hasrat tu sebab nak kejarkan impian-impian untuk anak2 yang lum tercapai ni. Insya Allah ada rezeki nanti adelah kot.. So, sampai di sinilah dulu untuk kali ni. Bye2....






Isnin, 23 September 2013

Bantal lagi... ;)

Bismillah.. Hye there.. Berjumpa lagi sebelum masuk ke bulan seterusnya..(dan sebelum my brdband became expired..huhu..) Actually akhir-akhir ni agak relax ckit dari 'membantal' coz banyak terfokus kepada menghasilkan keychain2 Herbalife yg sentiasa banyak permintaan tu. But...i nevermind, as long as boleh mengisi masa i yg banyak terluang ni so its ok..

Ok..bagi menunaikan janji untuk update balik semua aktiviti sepanjang tak dapat nak beronline hari tu, kali ni saya nak story tentang 3 lagi bantal yang sempat saya siapkan sebelum hari raya yang lepas.

Bantal ni i buat untuk baby adik saya. Yang kelakarnye mati-mati my hubby ingat itu utk my newborn, dia terkejut coz satu hari tu waktu kami pergi melawat baby dia tiba-tiba i keluarkan bantal ni.. hehe..mmg patut pun dia shock coz semua my kids ada bantal, cuma yg baby tu je i belum sempat nk buat.
Bantal ni i buat lain ckit designnya, menggunakan kain flanel bercorak n plain. But utk the letters of coz i guna felt n bersaiz A4. Untuk tempahan boleh pm i k..

Bantal ni pula i namakan Couple Pillow-Naruto&Sakura. Actually yang ni i buat sarung bantal je, bantal2 tu memang sedia ada. Bantal ni konon2nya present for my hubby utk diletakkan dalam kereta. But at last bantal ni dok lepak dalam bilik je..
    

Ok, next time i nak cerita lain sikit dari yang selalu, maklumlah...i'm a crafts lover, kalau boleh semua jenis kraf i nk try. Sekarang ni pun i tengah mencuba-cuba 1 kraf baru yg quite intresting. Da lama nak buat tp asyik sibuk dengan benda lain. So, jumpa lagi for the next story.. Adioss...!

Selasa, 3 September 2013

Hobi saya...!

Assalamualaikum.. hai semua. Rasanya baru beberapa hari yg lepas saya update blog. Tapi sebab nak cover balik waktu-waktu yg sy terlepas dulu saya nk update lagi blog kesayangan saya ni hari ni. Ok, hari ni xde nak cerita pasal kraf, tapi tentang hobi saya dulu, kini dan selamanya iaitu.....melukis!

Hahaha...saya memang suka melukis dr kecil. Bakat sy mula dikesan waktu di tadika lagi. Waktu tu yg sy ingat cikgu jadikn sy sebagai wakil pertandingan melukis. Masa nk dekat2 pertandingan tu hari2 cikgu suruh saya lukis. Lukisan tu tajuknya Buah-buahan. Tapi tiba hari pertandingan sy xmenang pun. masih ingat lg waktu abah pimpin tangan sy nk balik,sy menangis2 tunjuk lukisan sy yg ditampal di dinding tapi xmenang. haru betul mase tu, hahaha.....

Naik sekolah rendah, saya merupakan top 3 yg konon2nya pandai lukis sangat waktu tu...(tapi dgn kwn2 sebayalah...) Kenangan paling manis yg saya xbleh lupa ialah pada masa darjah 6,selepas UPSR da xde apa nk buat so cikgu panggil kami yg bertiga ni buat group masing2 dan buat lukisan pd pasu bunga sekolah.. group saya lukis jenis2 burung. seronoknye dpt tinggalkn kenangan kat sekolah. Sekolah agama pula xbyk kenangan,tp sy suka lukis2 dlm kitab sekolah tu smpaikn bila kitab tu turun kepada adik saya,banyaklh lukisan2 di dlmnye..! huhu..

Sekolah menengah. Xbanyak kenangan pun... cuma kwn2 cemburu je dengan lukisan sy setiap kali kelas seni lukis berjalan. Tp seingat sy waktu ni bakat sy xbegitu menyerlah sbb sy da mula malas melukis. Kalau melukis pun untuk hilangkn tension belajar, tp kalau cikgu bg homework buat lukisan jarang sy siapkan dan hantar. Hahaha.....nakal kan?

Selepas-selepas tu saya jarang melukis. Sampailah zaman bercinta, x sudah2 saya melukis gmbar pakwe saya(my hubby la tu..) Dan, yg paling sy xpercaya sy melukis diri saya sendiri dan jadi! (sblum2 ni sllu xjd kalau nk lukis muka sendiri)

So, kali ni saya nk share tentang beberapa lukisan yg terbaru yg pernah sy lukis..

 

Gambar sebelah kiri tu lakaran untuk projek bantal sy sebenarnya dan yg sebelah kanan tu gambaran keluarga saya untuk 20 thun akan datang..hehe..

Yg atas tu pula jadual waktu untuk anak sulung sy. Saje sy letak gambar kartun2 supaya adik2nya pun faham apa sebenarnya yang patut mereka buat pada sekian2 waktu.

Lakaran ini pula tujuannya untuk mendapatkan gambaran sebenar susunatur dalam rumah yang akan saya buat untuk hari raya yg lalu..hehehe...

Haa....inilah lukisan diri saya yg saya lukis kononya khas untuk diberikan pada buah hati sy.. Ini sbnarnya sy dah print dr komputer,sempat sy scan untuk disimpan buat kenangan..ok x? hahaha...

Oklah, cukuplah dulu untuk kali ni. Seronok dapat berkongsi cerita zaman dulu kala. Kita sambung lagi lain kali k...Bye-bye...


p/s: Kalau ada antara kawan2 yg nk minta tlg lukiskan potret boleh inform saya k. Tp kalau boleh sediakan atau sertakan gmbar yg besar dan jelas supaya gambar yg dihasilkan nanti tidak mengecewakan k..sekian..