Produk

Produk

Isnin, 10 November 2014

Frozen dan Ultraman lagi..

Assalaamu'alaikum dan Bismillah..

Alhamdulillah.. Masih lagi berpeluang meneruskan apa yang dah dimulakan. Bertemu lagi untuk bulan November..


Syukur sangat-sangat setakat ni customer-customer saya semuanya sangat memahami. Order kali ni sebenarnya datang dulu sebelum yang Barbie dan Spiderman tu. Tapi nasib theyolls tu kawan2, so tak kisahlah klau saya terpaksa dulukan yang tu dulu..


Kalau tengok Ultraman ni ala tomey-tomey je rupe dia. Sengaja saya guna versi kids sebab kecomelannya tu agak sesuai saya letak pada bantal adik ni.. (sori gambar xclear..terlebih cahaya pulak..)


Bantal tema frozen kali ni saya buatkan gambar Elsa seorang sahaja. Saje nak tengok jadi ke tak muka si Elsa kali ni..hehe..


Dua-dua bantal ni bersaiz 15"x15". Semua design adalah mengikut permintaan customer sendiri. Cuma akhir-akhir ni saya gunakan kain cotton sahaja untuk body bantal. kalau ada yg berminat nak tempah jangan malu-malu untuk pm saya k..

 Jumpa lagi pada entri akan datang sebelum cuti sekolah nanti...Adioss...

Tiada ulasan: