Produk

Produk

Jumaat, 29 November 2013

Door Signage

Bismillah... alhamdulillah... berkat kerajinan bulan ni, bertemu lagi untuk entri ketiga bagi bulan November. Actually kali ni bukanlah tempahan dari mana-mana. Signage-signage ni dibuat untuk adik-adik saya.. Teringin nak wat yang special untuk mak-makku di kampung. Sebenarnya sekarang ni tengah mood nak balik kampung je ni, di sebabkan macam da agak lama tak balik so saje watkan something untuk adik-adik..



 
 Okey..signage-signage yang di atas tu untuk sepasang adik-adik saya yang masih single.. Saje watkan sebab asyik watkan orang je,kali ni bagi diorg pula. Huhuhu...


Yang ini pula signage untuk adik bawah saya. Namanya Haryantie dan suaminya Faizal..sebab tu dekat signage tu saya letakkan nama diorg. Dah lama diorang tempah, maklumlah dah duduk rumah sendiri, mestilah nak hias rumah sendiri..

 
Bunga-bunga quilling percubaan kedua. Tengah kemaruk dengan quilling..so apelagi, try lagi dan lagi.. Hehehe...
Pandangan sisi door signage.

Kebanyakan door signage ni saya gunakan foam sheet sebagai material utamanya. Sebab kalau guna felt takut basah kna tempias dek hujan...lainlah kalau signage tu nak letak dalam rumah contoh untuk Bilik Tetamu, Bilik Solat, Ruang Belajar, Sudut Makan..dan lain-lainlah. So, kalau ada yang berminat macam biasalah, calling-caling je saya or pm je k.

Oh, ya! Kalau nak tengok lain-lain signage yang pernah saya buat boleh klik kat SINI ye...t.kasih semua...

As salam..



Tiada ulasan: