Produk

Produk

Isnin, 16 Jun 2014

Bantal tunang dan kahwin

Assalaamu'alaikum semua..

Alahai..bulan ni terlewat pula meng'update' first entri. Agak sibuk hujung bulan lepas, membawa ke awal bulan ni. Tambah pula musim cuti sekolah, tak sibuk siapkan order, sibuk dengan anak-anak pula. Esok bermulanya semester kedua persekolahan. Sebelum sibuk uruskan hal sekolah anak-anak, saya nak update dulu entri pertama untuk bulan ni..

Sebelum menjelang bulan Mei lagi customer ni dah minta tolong buatkan bantal untuk dihiaskan pada katil pengantinnya. Dia minta saya design serupa dengan sarung bantal pengantin yang sebelum ni. Tapi sebab tak nak nmpak sangat copy-pastenya, saya ubahkan sikit-sikit..


 Bantal untuk pengantin perempuan

Bantal untuk pengantin lelaki

Kalau perasan, pada nama pengantinnya saya buat border. Semuanya gara-gara tersalah pilih wrna kain untuk huruf-huruf tu, jadi tak nmpak menyerlah. Pasrah je buat gitu, takut gak kalau-kalau customer tak suke. Tapi mujurlah customer saya semuanya baik-baik belaka. Alhamdulillah.. 


Yang di bawah ni pula tempahan dari adik saya sendiri untuk dijadikan hadiah buat kawannya yang dah pun melangsungkan perkahwinan.. (terlewat sikit siapkan sebab bleh terlupa. Nasib baik adik sendri yang tempah..hehehe)


 Designnya sama dengan bantal yang atas tadi sebab senang skali potong design yang sama. Tapi gambar perempuan tu tak sama gak.. Cuma, kalau yang atas tu kartun tu asing-asing, yang ni lak dia dok berdua. Saje bereksperimen dengan warna-warna ceria..harap si pengantin suke.. :)

Ok..tempahan seterusnya pula bertemakan pertunangan.. First time dapat customer yang minta buatkan bantal tapi designnya dr dia sendiri. Naik juling juga tengok gambar asal tu sebab agak kecil...dan cabarannya pula, nak sama sebiji dalam contoh yang diberi.

 Comey lak tengok kartun perempuan ni bergaya ala-ala tersipu.. (orang punya design berani la nak puji, design sendiri punya ala-ala skema..hehe)

Kartun lelaki yang ala-ala nak melamar.. (suke tang mata dia..weee...!)

p/s: Kepada sesiapa yang empunya design ni, klau terbaca entri ni dan terpandang gambar bantal di atas tu minta maaf sangat2 la ye. x berniat nak ciplak idea awak..saya cuma mengikut permintaan customer je..



Dengan ini berakhirlah dulu untuk entri kali ni, jumpa lagi sebelum ramadhan nanti, In syaa Allah.. Bye-bye..



Kalau nak tengok lain-lain contoh bantal tunang dan kahwin yang tak kurang menariknya, bleh klik di SINI untuk cuci-cuci mata ya..

p/s: Jangan lupa untuk ikuti entri seterusnya.. Ada jualan sempena Hari Raya menanti..


Tiada ulasan: