Produk

Produk

Selasa, 21 Januari 2014

Wedding Guestbook lagi...

Alhamdulillah....ini adalah order ketiga untuk bulan Januari.. Ini pun dari kawan lama, kawan 1 sekolah rendah dan menengah. Sebelum ni ada request nk wat kad,tp da kesuntukan masa terus dia tak jadi nak tempah. Tapi kali ni, dia tak order kad..yang ditempah ialah wedding guestbook untuk cousinnya..bukan 1, tapi 2 buah.. Tq so much atas kepercayaan yang diberikan... ;)


Buku pertama temanya kuning dan turqoise, dan saya memilih untuk menggunakan hiasan quilling pada covernya.


 Untuk siapkan quilling kali ni agak mencabar sebenarnya sebab macam kekok sikit nk menggulung kertas kali ni oleh kerana kali ni saya teringin nak kecilkan sedikit ukuran saiz kertas tu.. Tapi bila da kecil, susah pula nak gulung dan handle kertas tu.. macam kurang mood sikit akhirnya nak buat bunga-bunga tu.. walaupun nmpak ok, sebenarnya saya tak berapa puas hati dengan hasil kerja saya kali ni..



Gambar di bawah ni pula adalah signage standnya.. Yang ni memang first time buat, tp di sebabkan buat benda ni simple, saya sediakan skali service ni bagi sesiapa yang inginkannya..

Ok....buku kedua pula temanya hijau pucuk pisang. Kering idea juga nak buat, maklumlah first time buat guna felt. Part bunga-bunga tu dulu pernah try buat, tapi mase tu tak cun lagi.. kali ni try and error jelah.. Tak cuba mana nak tau kan..? 

Buku ke dua ni agak puas hati juga lah walaupun nak membuatnya sehari suntuk. belum cite pasal macam-macam gangguan lagi..huhu..

Bunga-bunga tu 'op coz' daripada felt...jadi x? Kira jadilah ye..hehe.. Daun-daun yang comel tu pula da lama beli, tp kali ni setelah dipertimbangkan..nampak fungsinya macam sangat sesuai diletakkan bersama bunga-bunga tu. So, ape lagi..bersemayamlah dia dengan aman di situ...hahaha..


So....inilah hasilnya.. wedding guestbook berasaskan felt..

Ni pula stand signage untuk buku ni..

Macamana? Suka? Teringin nak buat 1 macam ni..janganlah segan-segan untuk hubungi saya k.. Jumpa lg untuk entri seterusnya dlm pertengahan bulan hadapan. Ada tempahan kerongsang(brooch) 400pcs pula menunggu selepas ni..bye..


Tiada ulasan: