Produk

Produk

Selasa, 18 Mac 2014

Bantal berkarektor animasi

Bismillah dan Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana masih berkesempatan menyambung coretan di blog kesayanganku ini.

Agak sebulan juga rupanya menyepikan diri dari meninggalkan apa-apa catatan di sini.. Actually, diam bukan merajuk..tp menyiapkn 1 order yg terpaksa di'repeat' atas masalah yang tak dapat dielakkan.. Selesai yang tu, saya terus je menyiapkan tempahan bantal dari kawan lama yang dah pun mengikut suaminya berpindah ke negeri Perak..

Bantal Si Kucing Comel dan Bantal UpinIpin

My friend nk order bantal bersaiz 12" x 18" dengan hiasan gambar kucing bersama label namanya dan kawan baiknya. Body bantal yang diminta bewarna biru. Hiasan dan rekaletaknya adalah rekaan saya sendiri..


Manakala bantal yang satu lagi adalah bantal bersaiz A4, dengan hiasan gambar kartun Upin dan Ipin disamping nama anak bongsunya diabadikan pada bantal ini..


Kebetulan beberapa hari selepas proses tempahan dimulakan, husband saya izinkan sy beli mesin jahit baru, maka dengan ini saya merasmikan penggunaan mesin ini dengan cuba menghasilkan  bantal dan hiasan pertama kalinya dengan bantuan mesin jahit.. Kalau perasan, pada keliling bantal saya cuba bereksperimen menggunakan beberapa contoh jahitan corak yg disediakan pada mesin jahit tersebut.. ^_^


Agak mencabar nak siapkan tempahan kali ni sebab my baby boy da mula pandai memanjat meja. Setiap kali nak mula buat kerja dia pun akan sibuk memanjat dan mengacau.. Adehh...letih mak..

Sebelum terlupa, anda juga boleh tengok contoh-contoh bantal berkarekter yang pernah saya buat di SINI. Ada Upin Ipin, Spiderman, Ben10, The Cars, Barbie, Ana Muslim, Ultraman Kids dan macam-macam lagilah.

Ok, selepas ni nak siapkan 1 guestbook, terakhir sebelum semua order ditutup sehingga diberitau kemudian. Pada bulan hadapan ada beberapa projek besar menunggu n wish me luck to face it! Hahaha... So, jumpa lg pada coretan seterusnya...Assalamualaikum..

Tiada ulasan: