Produk

Produk

Selasa, 21 Januari 2014

Jadual Harian untuk Kanak-Kanak

Alhamdulillah.. Syukur masih diberi kesempatan waktu untuk terus menghasilkan 'artwork' buat mereka-mereka yang memerlukan khidmat saya. Rasanya masih belum terlambat untuk saya uapkan Selamat Tahun Baru 2014 buat rakan-rakan pembaca blog saya ni. Harap-harap di tahun baru ni saya akan lebih sukses dalam bidang yang saya minati ini...hehe..

Bulan Januari nampaknya memang bulan rezeki buat saya. Berderet tempahan yang diterima sampaikan saya terlewat nak update entri pertama untuk bulan Januari ni. Tempahan pembuka tirai 2014 adalah daripada kawan lama saya. Dia berhasrat nak buatkan jadual waktu untuk anak-anaknya. Konsep yang diminta adalah jadual yang boleh diubah suai mengikut hari dan masa..atau lebih dikenali dengan Timetable Slot..

Saya rekakan jadual waktu menggunakan magnetic sheet, mengandungi label bergambar, label hari, label jam yg boleh diubah waktunya dan yang paling penting skali papan boardnya..


 

Dibawah ni pula cara timetable slot ini berfungsi.. Boleh diletakkan label-label ataupun tuliskan sahaja apa yg akan dibuat pada label yang kosong.. Memang sangat praktikal untuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang masih belum pandai membaca, gambar-gambar yang digunakan mudah untuk difahami.. 


Memang menarik jadual ni. Anak-anak saya sendiri sibuk nak 'main' dengan jadual ni. Nasib baik orang punya..huhu..

Tiada ulasan: