Produk

Produk

Jumaat, 29 November 2013

Door Signage

Bismillah... alhamdulillah... berkat kerajinan bulan ni, bertemu lagi untuk entri ketiga bagi bulan November. Actually kali ni bukanlah tempahan dari mana-mana. Signage-signage ni dibuat untuk adik-adik saya.. Teringin nak wat yang special untuk mak-makku di kampung. Sebenarnya sekarang ni tengah mood nak balik kampung je ni, di sebabkan macam da agak lama tak balik so saje watkan something untuk adik-adik..



 
 Okey..signage-signage yang di atas tu untuk sepasang adik-adik saya yang masih single.. Saje watkan sebab asyik watkan orang je,kali ni bagi diorg pula. Huhuhu...


Yang ini pula signage untuk adik bawah saya. Namanya Haryantie dan suaminya Faizal..sebab tu dekat signage tu saya letakkan nama diorg. Dah lama diorang tempah, maklumlah dah duduk rumah sendiri, mestilah nak hias rumah sendiri..

 
Bunga-bunga quilling percubaan kedua. Tengah kemaruk dengan quilling..so apelagi, try lagi dan lagi.. Hehehe...
Pandangan sisi door signage.

Kebanyakan door signage ni saya gunakan foam sheet sebagai material utamanya. Sebab kalau guna felt takut basah kna tempias dek hujan...lainlah kalau signage tu nak letak dalam rumah contoh untuk Bilik Tetamu, Bilik Solat, Ruang Belajar, Sudut Makan..dan lain-lainlah. So, kalau ada yang berminat macam biasalah, calling-caling je saya or pm je k.

Oh, ya! Kalau nak tengok lain-lain signage yang pernah saya buat boleh klik kat SINI ye...t.kasih semua...

As salam..



Sabtu, 23 November 2013

Guestbook pula.. ^_^

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah..satu lg pengalaman baru dapat dicipta.. Dah lama teringin nak try buat guestbook ni. Tengok hasil kerja org nmpak sooo 'gojes'! Sangat cemburu! Hehe.. kali ni dapat tempahan untuk membuat Wedding Guestbook. Teknik yang digunakan adalah teknik quilling yang mana ianya sangat glamer dikalangan krafter untuk membuat cover guestbook ni.

Bagi yang tak pernah dengar, quilling ni satu teknik di mana kite akan gunakan majoritinya material kertas yang digulung dalam beberapa cara dan kemudiannya dibentuk menjadi bentuk2 yang diinginkan. Sebenarnya untuk kraf ni kita perlukan beberapa tools bagi memudahkan prosesnya. Tapi disebabkan ini adalah tempahan dalam kategori 'urgent' maka xsempatlah saya nk pegi mencari alat-alatan, ditambah pula dengan modal yg da tinggal berapa sangat ni, saya hanya gunakan apa yg ada je mengikut kreativiti sendiri..

Oklah...malas nak taip panjang-panjang. Jom kite cuci mata dengan gambar-gambar yang dah saya sediakan di bawah tu ye...

Bunga-bunga hasil dari gulungan kertas siap sedia untuk diletakkan sebagai hiasan di muka depan guestbook.
Bunga-bunga dah selamat ditampal. Hiasan tambahan seperti manik-manik menambahkan lg seri bunga yang cute ni..

Seperti yang diminta oleh tuan punya buku.....gambar pasangan bakal pengantin.. Sama cantik sama padan..kan..? :)


Pandangan sisi 'buku tetamu' untuk bakal pengantin.. puas ati sgt!

Daripada isi, kulit, dan hiasan semuanya handmade. Buku tak beli siap tau..nk cari pengalaman dan disebabkan nak tau sendiri macamana proses buat buku, sanggup i buat dan belajar buat sendiri. So, kalau ada sesiapa yang teringin nak tempah bolehlah hubungi sy k..harga boleh dirunding.. Tapi kalau rasa mahal, harap memahami sebab proses membuatnya bukanlah sesuatu yang mudah... 

p/s: perasan tak pada sesetengah gambar i da letak 'watermark'. bru nak belajar guna privasi sendiri.. (walaupun sebenarnya malas i letak watermark-watermark bagai..hmm...)

Jumaat, 15 November 2013

Musim Naik Pelamin Punya Hal..

Bismillah.. Haha..tengok tajuk je pun da tau ape agaknye yang akan diceritakan dalam entri kali ni. Bulan lepas sangat berharap dapat wat bantal pengantin. Alhamdulillah..nampaknya masih berkesempatan untuk berkraf. Walaupun bukan tempahan orang, tapi rasa puas ati sangat sebab sekurang-kurangnya da ada pengalaman buat benda-benda ni..

 

 

Gambar tu semuanya tentang BANTAL CINCIN yang saya buatkan khas untuk adik ipar saya..temanya gold.. Cover bantal dibuat daripada material flanel yang lembut, bunga-bungaan tu pula dibuat daripada ribbon satin..100% handmade tau.... ^_^


Ok...singage tu pula saje saya buatkan untuk dia.. Bukan ape,bleh gak jadi props mase photo shoot dia.. Tapi, kalau ada sesiapa berminat, signage ni sesuai juga digantung sebagai signage di pintu bilik, pintu utama atau di ruangan kerja anda..



Bantal pinky yang sweet ni sebenarnya hadiah dr anak saya untuk cikgunya. Hujung bln nanti katanya, memang sama tarikh dengan my brother in law. Disamping sebagai hadiah, tujuan lain adalah untuk tujuan promosi.. Mana tau lepas ni cikgu-cikgu dia berminat nak tempah pula. Hehe.. Bantal ni bersaiz 12"x12".. Covernya dibuat daripada flanel, huruf-huruf dari felt, dan bunga-bunga daripada ribbon satin.. Berkenan? Apelagi...meh la tempah cepat sebelum barisan menunggu jadi panjang.. ;)