Produk

Produk

Rabu, 25 Disember 2013

Order lagi..

Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Alhamdulillah..lebih kurang 2 minggu lepas baru update blog dan hari ni 'terrrajin' lagi meng'update' blog kesayanganku ni.. Bulan Disember ni sebenarnya bulan untuk memfokuskan diri pada anak-anak.. Baru je bercadang nak cuti tiba-tiba dapat beberapa order dari fanpage ku. Walaupun macam tu, saya terima gak. Bukan kerana duit semata-mata, tapi yang paling penting PENGALAMAN!

Haa..order kali ni diterima daripada adik Dayah. Dia nak tempah door signage untuk hari istimewanya.. Walaupun dah pernah buat signage, kali ni adik ni request signage daripada papan. Hiasannya macam biasa, saya gunakan hiasan berasaskan bunga-bunga quilling.. Kite tengok jelah gambar-gambar kat bawah tu ye..




Ok, order kedua dari adik Dayah ialah Birthday Card utk bakal suaminya.. Disebabkan dah lama pasang niat nak buatkan kad pop-up untuk mana-mana customer yang order kad, kalini saya buatkan kad pop-up untuk dia. Walaupun dia tak minta nak buat macam ni tapi nasib baik dia suka dengan hasilnya, malah tak sangka saya akan buatkan kad yang macam ni untuk dia.. Jom kita cuci mata dengan hasil yang dah dibuat tu k..



Dan dibawah ni pula untuk muka depan kad, simple je sebab yang di'highlite'kan adalah yang didalam kad. Tapi simple-simple pun ada unsur quilling sikit ditelakkan di situ.. harap-harap yang ni pun dia puas ati. Huhu..



Rasa macam kembali zaman bercinta dulu plak rasanya masa buat kad ni. Maklumlah...last buat kad masa zaman tulh. Sekarang da ada depan mata, wish pakai mulut je. Paling2 rajin pun buat video klip....
(Huhu...yg tu macam da trlebih rajin la pulak...kan??) Apepun, macam biasa..sape-sape yang brminat nak wat tempahan, pm je saya di fanpage fb Alin Craft Lover k.. Daa...


Selasa, 10 Disember 2013

Kelas Asas Kraf Felt


Cuba-cuba nak wat kelas asas kraf sendiri.. Langkah pertama untuk melangkah lebih jauh. Sesiapa yang berminat nak turut serta pm kan nama, umur dan aktiviti yang ingin disertai ke Fan Page Facebook Alin Craft Lover k.....