Produk

Produk

Rabu, 12 Februari 2014

Brooch..brooch..

Alhamdulillaahh....lega rasanya dapat siapkan order kali ni. Maklumlah, first time dapat order dalam kuantiti yang banyak. Nak dijadikan cerita, masa mula-mula dapat risau sangat, sempat ke tidak nak siapkan 400pcs dalam tempoh kurang 3minggu ni...?? Nak siapkan separuh pun macam da surrender rasanya. Gigih bawa balik kampung dan usung sampai ke JB semata-mata takut tak sempat siapkan. Nasib baik balik kampung mak dan adik sanggup offer diri untuk tolong sikit-sikit semata-mata nak ajak gi makan kway teow goreng. (Eh, ape aku da merapu nih?)

Oklah, sebelum aku merepek lagi panjang, jom kite cuci mata dengan apa yang da disediakan dibawah tu k..

Nilah sebahagian daripada yang telah dipesan. 200pcs pertama siap lebih kurang hampir 2minggu..fuuhh..


3 kategori brooch. 

Okey...yang di bawah ni pula gambar brooch-brooch ni dalam pandangan dekat. Kalau nampak macam senget-senget tu harap diampun ye sebab saya masih dalam proses belajar membuat bunga-bunga ni...hehe..





Menurut kata si penempah, brooch-brooch ni nak dijadikan cenderahati buat tetamu yang datang. So, kalau ada sesiapa yang ingin berbuat demikian dan ingin membuat tempahan, harap dapat hubungi saya seawal yang mungkin kerana ditakuti barisan menunggu yang sedia ada panjang..

Harap sangat sebelum bulan puasa nanti saya dapat siapkan beberapa koleksi baru bagi melengkapkan lagi hiasan pada busana-busana hari raya anda-anda yang sudi menempah dengan saya nanti.. Lagi pun nak kurangkan sikit stok reben yang da macam kedai ni. Memang tak berniat nak jual sebab suka sangat tengok warna-warnanya yang soo 'kalerpul' tu...hehe..

Ok, jumpa lagi pada entri seterusnya nanti...adioss..... ^_^