Produk

Produk

Khamis, 20 November 2014

Ana Muslim dan Spiderman

Bismillah..

Alhamdulillah..untuk entri kedua bulan ni terpaksa saya buat awal memandangkn minggu depan dah cuti sekolah dan nak enjoy seminggu kat kampung..(enjoy la sgt, blk pun sambil-sambil siapkan sebiji bantal)


Ok, trus kepada topik utama..bantal seterusnya bertemakan ana muslim untuk gugurl dan spiderman untuk boboy. Bantal kali ni bersaiz 12" x 12"..



Tema dan warna bantal adalah mengikut permintaan si penempah. Cuma jenis font dan gambar apa yang nak diletakkan sahaja saya decide sendiri.. Sweet kan gabungan warna biru laut dan pink ni..?


Ini kali ketiga en Spiderman ni saya buat. Warna dia memang cantik, tapi part web kat badan tu yang kena sabar lebih..huhu..

Kalau anda-anda semua dapat tengok sendiri,nama pada bantal agak terlindung kan? So, ingin saya inform awal-awal pada sesiapa yang nak letak nama anak pada bantal seeloknya pilih nama yang paling ringkas supaya design yang terhasil akan lebih comey..
Saya tak marah, malah sesiapa yang nak letak nama panjang-panjang saya tak cas lebih pun.. cuma nak bagi bantal adik kakak abang, encik-encik dan puan-puan lebih comey dan kemas je...ok? Peace......! ^_^

Happy School Holiday...!!
psst..kdai kraf saya tak tutup, sentiasa on, kalau nak order ape-ape bleh trus whatsapp je k..

Isnin, 10 November 2014

Frozen dan Ultraman lagi..

Assalaamu'alaikum dan Bismillah..

Alhamdulillah.. Masih lagi berpeluang meneruskan apa yang dah dimulakan. Bertemu lagi untuk bulan November..


Syukur sangat-sangat setakat ni customer-customer saya semuanya sangat memahami. Order kali ni sebenarnya datang dulu sebelum yang Barbie dan Spiderman tu. Tapi nasib theyolls tu kawan2, so tak kisahlah klau saya terpaksa dulukan yang tu dulu..


Kalau tengok Ultraman ni ala tomey-tomey je rupe dia. Sengaja saya guna versi kids sebab kecomelannya tu agak sesuai saya letak pada bantal adik ni.. (sori gambar xclear..terlebih cahaya pulak..)


Bantal tema frozen kali ni saya buatkan gambar Elsa seorang sahaja. Saje nak tengok jadi ke tak muka si Elsa kali ni..hehe..


Dua-dua bantal ni bersaiz 15"x15". Semua design adalah mengikut permintaan customer sendiri. Cuma akhir-akhir ni saya gunakan kain cotton sahaja untuk body bantal. kalau ada yg berminat nak tempah jangan malu-malu untuk pm saya k..

 Jumpa lagi pada entri akan datang sebelum cuti sekolah nanti...Adioss...