Produk

Produk

Ahad, 30 Ogos 2015

Keychain dan Pencil Case

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

As salaamu'alaikum wbt semua..😁

Alhamdulillah..waktu ni saya agak free nak share hasil kraf saya lagi. Actually topik kali ni tak jauh beza dgn entri yang lepas. Masih lg dalam mood hari guru. Tapi kali ni tempahan ank2 murid sndri dan dari staf sekolah sendiri..

Ok...ni semua tempahan daripada kawan-kawan anak dara saya. Asalnya buatkan untuk dia sndri, tapi ramai pulak yang berkenan.. Malas sebenarnya nak layankan karenah budak-budak ni. Lepas sorang sorang, tak habis-habis keje sudahnya. Layankan jelah..

Ok..yang ni pula tempahan dari kerani sekolah yang akan berpindah tempat kerja. So, beg-beg ni nak dijadikan cenderahati untuk cikgu-cikgu yang berkenaan. 

Maknanya, nak tempah beg-beg ni bukanlah kena tunggu hari guru je. Nak tempah untuk orang lain atau diri sendiri je pun boleh.. hehehe..

Oklah, untuk bulan hadapan saya akan share kan hasil kraf saya yang lain pula. Kali ni lain sikit temanya.. nantikannya k... terima kasih..
As salam..


Ahad, 16 Ogos 2015

Hadiah Hari Guru

Bismillah..
As salaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah..sempat juga akhirnya mengupdate blog hari ni. Sementara ada masa free sikit ni, meh kite share-share cite kraf.

Hari guru tahun ni bermulalah hari guru paling busy dr tahun-tahun yang lepas. Asalnya saya cuma buatkan untuk anak-anak. Tiba-tiba dapat order pula.

Bekas-bekas pensel ni asalnya saya buatkan untuk anak dara saya. Lepas terima tempahan, saya buat lagi beberapa warna. Klau tengok warna-warna dia memang cantik kan...

Ini pula fridge magnet untuk cikgu anak-anak. Kelam kabut juga nak menyiapkan, maklumlah..dalam sibuk-sibuk siapkan hadiah anak, tempahan orang pun kena siapkan juga..

 Yang bawah ni pula ala-ala set. Puan ni tempah untuk cikgu-cikgu tadika anaknya,nasib baik cuma 3 orang. Letih juga nak siapkan, sampai sakit-sakit pinggang.



 Rasanya tahun depan mesti lagi busy sebab tahun depan dah 3orang ank yg sekolah. Kalau ada yang nak tempah macam ni boleh la whatsapp terus ke nombor 0183985008 k. Bye...