Produk

Produk

Jumaat, 15 April 2016

Bantal Tunang dan Kahwin Lagi..

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah..dah pertengahan bulan April kita. Sementara ingat ni nak tunai janji dari entri yang sebelum ni.
Ops...sebelum tu, nak ucap terima kasih banyak-banyak pada sorang adik ni yang ada hantar mesej pada saya bertanyakan tentang bantal yang saya kongsikan pada entri yang lepas. Dia berminat dengan hasil kerja saya. Kalau jadi nak tempah nanti boleh whatsapp akak balik ye dik..
Ok, berbalik kepada topik asal, ni kira sambungan entri yg sebelum ni lah ye..

Sebenarnya untuk design yang ni saya dah pernah buat tahun dulu. Tapi kali ni customer request untuk warna tema ungu pula. Ok gakkan? Hehe..

Yang ni pun antara design yang famous dan dah 4 kali saya buat. Tapi setiap kali buat hasilnya mesti lain2..

Design untuk bantal ni pula sebelum ni saya gunakan untuk bantal majlis bertunang. Cuma kali ni ditukar ke tema perkahwinan. Pun not bad kan?

A'ahlah..sedar tak sedar entri kali ni rupanya lebih kepada siri 'ulangkaji' sebab designnya digunapakai semula untuk customer yang seterusnya.
Apapun, terima kasih tak terhingga pada semua customer yang tak putus-putus menyokong saya sepanjang 3tahun lebih ni..

Jumpa lagi untuk entri akan datang ye... Terima kasih semua..