Produk

Produk

Khamis, 27 Oktober 2016

Lagi Boxy Bag

Bismillaah..

Alhamdulillah..
Untuk entri kedua bulan Oktober, kita cerita tentang boxy bag pula.
Beg boxy ni kalau buka je order, ramai pula yang nak tempah.

 
4 boxy bag ni tempahan yang saing dengan drawstring bag dalam entri sebelum ni. Untuk anak-anak buahnya dan untuk guna sendiri.

Beg-beg ni pula untuk customer saya yang katanya nak isikan telekung jualannya. Insya Allah lepas ni banyaklah order dari sis ni. In sya Allah.. 

Beg yang ni pula tempahan dari adik sepupu saya, surprise untuk isteri dan anaknya yang jauh di mata.. hehehe..

Memang seronok dapat buat orang hepi ni kan..
Harap-harap tahun depan masih diberi peluang untuk buat orang hepi dengan hasil kerja kita.

Jumpa lagi untuk entri bulan depan.....bye..

Drawstring bag!

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah..
Dah hujung-hujung bulan baru dapat masa nak update blog. Hehehe..
Entri kali ni nak cerita produk baru.. 😁

Comel tak saya...? 😄

Beg ni asalnya permintaan dari seorang sahabat lama. Tak sangka pula dia berkenan dengan design ni. Yang lebih tak sangka, ramai pula customer yang lain yang minat dengan beg ni juga..






5 buah beg ni pun tempahan dari sahabat lama untuk dihadiahkan kepada anak-anak buahnya. Beg untuk edisi terawal ni semuanya saya gunakan sikit material jeans. Untuk yang seterusnya takde guna jeans dah ye..

Untuk next entri kita cerita pasal bag lain pula ye.. bye2..