Produk

Produk

Rabu, 30 November 2016

Tempahan pelbagai beg

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalaamu'alaikum wbt

Kali ni saya nak tunjukkan beberapa tempahan customer yang dah tempah beberapa beg yang pelbagai jenis dengan saya.


Beg yang ditempah oleh customer ni ialah 2 beg cerut, 1 bekas pensel, 1 boxy bag, dan 3coinpurse mini.

Yang ni pula, 1 boxy bag, 1 bekas pensel boxy, 2 simple pencilcase, dan 2 coinpurse.

Beg-beg ni pula tempahan dari customer yang sama dengan gambar di atas tu. Kali ni dia menempah 9 boxy bag dan 3 beg telekung.

Tak sangka banyak pula dapat tempahan beg daripada bantal macam dulu. Nampaknya tahun depan kena tukar strategi ni.. hihihi..

Baiklah, kita jumpa untuk entri seterusnya di bulan hadapan nanti ye..
Assalaamu'alaikum..



Demam drawstring!

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah.. sempat juga menyelit 1-2 entri di hujung-hujung bulan November.
Akhir-akhir ni banyak pula permintaan untuk beg cerut aka drawstring bag ni. Sampai terlupa yang dulu diri ni bukanlah pembuat beg tegar. 😁😁

Beg yang ni saiznya a4.. sesuai untuk anak-anak umur 3 hingga 6tahun.

Beg yang ni pula bersaiz a3 (sebesar kertas lukisan). Sesuai untuk anak-anak umur 7thun dan ke atas.

Beg ni khas untuk anak-anak saya untuk di bawa ke sekolah. Maklumlah, di hujung-hujung sesi persekolahan haritu kan dah tak banyak buku yang nak di bawa..

Dan yang ni pula special edition untuk suami tersayang. Saiznya takde spesifikasi, sebab guna kain uniform terpakai, guna mana yang dapat je..

Sebenarnya ada lagi yang tempah beg drawstring ni. Tapi kita cerita kat entri seterusnya nanti ye. Jumpa lagi..

Assalaamu'alaikum..