Produk

Produk

Sabtu, 18 Mac 2017

Bantal Cotton

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah.. sedar tak sedar kita dah dipertengahan Mac. Hari lahir saya pun baru je berlalu 3 hari yang lepas. (Eh, ngade je ek siap nak bagitau pulak. Hehehe...)

Oklah, selalu kita asyik cerita pasal bantal felt. Kali ni tukar sikit ceritanya k..
Bantal kali ni bertemakan bantal birthday. Oleh kerana sekarang saya banyak memfokus kepada cotton, maka design bantal saya sekarang lebih kurang macam ni semua.

Bantal yang ni pula untuk sepasang adik beradik anak kepada kawan sekolah lama saya dulu. Sedap nama masing-masing kan..

Saiz bantal-bantal ni semuanya lebih kurang a4 dan berzip. Kartun-kartun tu saya designkan sendiri khas untuk anak-anak comel ni.

Apepun, terima kasih banyak-banyak sebab dah memilih kami untuk merealisasikan impian anda. In sya Allah kami akan sentiasa memperbaiki hasil tangan kami dari masa ke semasa.

As salaamu'alaikum..