Produk

Produk

Khamis, 27 April 2017

Beg Telekung Boxy Bag

Alhamdulillah..

Kita terus sahaja ke isi penting k.




Nampak saiznya yang melebar tu kan? Haa... beg boxy kali ni besar dan muat untuk isi kain telekung. Dah dekat2 nak puasa ni kan, eloklah kalau sediakan satu beg khas untuk isi telekung. Senang nak bawa pergi terawikh kan... 😁

Okay.. sampai sini dulu untuk entri bulan April. Kita jumpa bulan Mei pula nanti.
terima kasih sudi membaca entri saya. 

Assalamu'alaikum..

Boxy bag

Bismillah..

Alhamdulillah..

Sementara masih berkesempatan, kita terus saja ke entri seterusnya. Nampaknya demam boxy bag masih belum surut. Ramai peminat beg yang comel ni rupanya kann...





Boxy bag yang ni semua saiz comel2 je. Muat barang mekap atau bekas makanan yang kecil2. Nak buat hadiah untuk cikgu pun cantik. Kalau ada yang nak bertanya apa2 boleh trus klik kat sini untuk respon lebih pantas ye.. =>> www.wasap.my/0183985008/

Lepas ni jangan lupa tengok entri seterusnya k..
bye2...

Assalam..



Busybook Versi Baru

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah.. setelah sekian lama tak mengemaskini blog, hari ni baru berkesempatan lagi. Bulan Mac yang lepas saya tertinggal satu entri rupanya. In sya Allah saya akan buat satu entri extra bulan ni untuk gantikan entri yang tak sempat tu.

Okay... untuk entri kali ni nak cerita pasal busybook. Dah lama sebenarnya tak buat busybook. Kalau tak kerana kawan yang tempah, rasanya ntah bilalah baru nak buat lagi. Dan selepas kita study trend terkini tentang busybook ni, beberapa penambah baikan dah dibuat dan rata2nya memberikan feedback yang baik..

Busybook pertama adalah untuk kawan sekolej dulu.

Ini ringkasan isi kandungan dalam bukunya.

Yang ni pula tempahan dari kawan sekolah menengah dulu


Kandungan dalam buku lebih kurang sama je. Tapi kita buat berdasarkan umur kanak-kanak yg bakal gunakannya nanti. Kalau nak tengok yang lebih clear boleh lawati ig kami di AlinCraftLover k..

Selepas hari raya nanti kita ada 1 batch yang setia menunggu saya siapkan tempahan mereka. Dan buat masa ni, saya terpaksa stop dulu dari ambil apa2 tempahan.

Harap maklum dan terima kasih... 😊