Produk

Produk

Rabu, 22 November 2017

Set Batu Seremban Lagi

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Alhamdulillah..
Untuk entri ketiga ni kita cerita pasal batu seremban pula. Dah lama sebenarnya tak buat batu seremban ni. Tiba-tiba tergerak hati nak buat hari tu sebab anak yang minta. Tak sangka dari situ ramai pula yang nak tempah juga.

Jadi, inilah antara yang sempat saya snap dan buat katalog untuk anak-anak.



Tujuan asalnya nak clearkan sikit perca2 yang menggunung, tak sangka pula dapat buat duit semula. 

Memandangkan permintaan agak tinggi, kalau ada rezeki dah kesempatan tahun depan saya nak buka booth di sekolah untuk jual barang2 kraf saya. Sekadar nak test market je.

Oklah, rasanya cukuplah dulu untuk bulan ni. Bulan depan kita sambung update entri lagi k.. Wassalam..

Bantal untuk Mommy to be..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Ok, kita terus ke topik utama. Kali ni nak cite pasal bantal. Tak pernah sebenarnya buat bantal ni, tapi kali ni saje mencabar diri..

Haa... nilah bantalnya.. Ada orang panggil 'pregnantcy pillow'.
Bantal ni direka untuk memberikan keselesaan kepada ibu2 yg sedang sarat mengandung. 
2 bantal yang atas ni tempahan dari customer selepas saya buatkan bantal sebegini untuk adik saya..


3 bantal yang nilah saya buat untuk adik saya, tak sangka pula ada yang berkenan. Klau ada lagi yang teringin nak tempah bantal macam yang atas tu roger2lah saya ye..
 Bye..

Label Corner


Bismillaahirrahmaanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah..
Mujur masih berkesempatan untuk update entri lagi. Klau ada yang tertanya kenapa bulan ni banyak betul entri yang saya update, sebenarnya saya dalam proses mengganti entri2 yang saya dah terlepas.

Oleh kerana ada kesempatan dan sebelum terlupa, saya akan update mana2 yang tetinggal tu di sini skali.

Ok.. kali ni nak story tentang order dari cikgu kelas anak saya. Katanya nak tempah untuk label sudut dalam kelas. So, inilah antara hasilnya..



Dua yang atas ni antara yang terawal. Lepas tu cikgu-cikgu yang lain pun nak tempah juga, so saya buatkan lagi yang selebihnya ni..




Mungkin warna tak berapa menyerlah sebab kekurangan stok, tapi so far cikgu-cikgu puas hati, saya dah cukup alhamdulillah..

Terima kasih sudi tempah dengan saya ye cikgu.


Rabu, 15 November 2017

Mini Boxy Bag Lagi..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Ok.. last entri untuk hari ni.
Boxy bag mini ni pun banyak permintaannya setiap kali tiba hari guru.
Saiznya comel dan sesuai untuk dihadiahkan kepada cikgu.

Untuk cikgu lelaki..

Untuk cikgu perempuan..



Tempahan untuk cikgu tadika.

Tempahan untuk kawan-kawan katanya..

2 boxy bag yang ni lain sikit rupa dia sebab customer minta kita buatkan tali tu di bahagian tepi. No problem... bisa di atur dong...

Ok, selesai dulu untuk kali ni. Sikit hari lagi kita marathon lagi update blog ni. Terima kasih pada yang sudi follow dan baca ye.

Assalam..

Beg Telekung pula..

Bismillaahirahmaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt

Entri kali ni sebenarnya dah pernah kita tunjuk dulu. Tapi sebab ini antara yang latest, so kita share jelah apa yang customer pernah tempah tapi belum sempat kita up storynya k..






Beg ni semua saiznya big boxy ye. Ada customer yang tempah untuk buat beg telekung, ada juga yang buat simpan barang mekap.
Bergantung pada keperluan masing-masinglah ye..
Next entri saya up yang saiz kecik sikit pula k..

Thank you..

Stationary Bag 2nd Batch

Assalamualaikum ..

Ahamdulillah..
Kita terus sahaja ke topik utamanya ye sebab nak kejar balik mana yang dah tertinggal..






Ok... kalau perasan, kebanyakan label nama tu ada perkataan teacher dan cikgu. Itu kerana kebanyakan beg stationary ni ditempah untuk hadiah hari guru Mei lalu.
Nampak tak, punyalah lama tak update. Cerita bulan Mei dah bawa ke bulan November. Adeh..

Apepun, terima kasih pada yang sudi follow akak ni ye. TQ so much..!

Pelbagai Bekas Pensel

Assalamualaikum semua..

Allahuakbar,
Sedar tak sedar saya dah semakin culas meng'update' blog ni. Ada banyak story yang tercicir. In sya Allah saya akan cuba catch up balik mana yang dah tercicir tu k..

Ok, sebelum kita story panjang2, kali ni nak cite tentang pensel case. Waktu hari guru yang lepas saya ada buat beberapa jenis bekas pensel sebagai hadiah hari guru. Jom kita cuci mata dulu..

Beg-beg ni tempahan dari customer yg sama. Cuma dia tak order serentak. Kiranya repeat orderlh.. Anyway, tq ye sis customer.. 😉

Kalau yang atas tadi tu boxy dari felt, yang ni pula boxy dari cotton ye..


Dua gambar yang ni pula pensel case simple design. Bezanya bertangkai pemegang dengan takde. 

Bekas pensel felt dan cotton lain harga ye. Designnya boleh dibincang. Tapi kalau crowded sangat terpaksalah dicas lebih sikit ye..