Produk

Produk

Selasa, 27 November 2018

Pencase pula..



Di atas antara contoh pencase yang ditempah oleh customer. Pencase ni boleh kita isikan marker pen atau pen biasa. Untuk student2 yang malas nk bawa bekas pensel besar2 masuk exam pun boleh gunakan pencase ni untuk isi barang asas alatulis.



Yang ni pula tempahan masa hari guru yang lepas. Memang sesuai hadiahkan kepada cikgu pencase ni, mesti cikgu tengok pun cute je kann..

Okay.. saya stop dulu. Esok kita bayar hutang emtri lagi. Adioss...

Bekas Pensel Berhias

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Okay... sambungan dari entri yang sebelum ni, kali ni saya akan tunjukkan beberapa contoh bekas pensel dengan beberapa hiasan tambahan seperti permintaan pelanggan.


2 contoh di atas ni ada tambahan perkataan dan kartun. Macam yang kartun tu customer request kartun yang macam tu dan bukan pilih kartun yang sedia ada. So memang akan ada caj untuk design ye..

Yang ni pula bukan tambahan dari segi perkataan atau kartun, tapi dari segi talinya. Kalau perasan, tali dia kita ubah sikit dari kebiasaannya sebab customer kata beg ni nak diisi phone, jadi dia bukanlah untuk tujuan pensel case. Sebab tulah kita ubah sikit designnya..

Okay, selepas ni kalau rajin akan ada entri lagi. Sebab kena kejar balik hutang2 entri yang tertinggal.

Simple Pencil case

Assalamualaikum w.w.b.t

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Aduhai.. naik bersawang page ni. Tahun ni asyik terlupa je nak update blog. Faktor usia barangkali. Huhu..

Okaylah, kali ni nak story tentang pencilcase simple design. Tahun ni bekas pensel jenis ni tak ramai yang tempah. Tapi masih jadi pilihan untuk yang mencari hadiah bajet.






Bekas pensel jenis ni boleh ditambah perkataan atau kartun. Tapi ada caj tambahan la ye. Untuk next entri nanti saya tunjukkan contoh2 bekas pensel dengan hiasan tambahan.

Terima kasih dan Wassalam...

Isnin, 24 September 2018

Lagi Koleksi Tote bag

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Hai semua. Alhamdulillah..
Kali ni sis nak share tempahan-tempahan totebag yang tertangguh dari awal tahun hari tu. Selamat menjamu mata..









Kalau tengok sekali imbas, corak mickey banyak memonopoli beg-beg ni kan.. Memang ramai yang minat corak tu rupanya..
Tapi beg yang last tu terkeluar tajuk sikit. Kira halal la ye..

Oklah. Nanti kita jumpa di next entry pula. Jumpa lagi...

Koleksi Tempahan Bantal

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah.
Bersyukur rasanya kerana masih berkesempatan nak berkongsi cerita tentang tempahan-tempahan saya.
Oleh kerana nak mengejar masa dan ini versi nak bayar hutang entri-entri yang tak sempat di pos di bulan-bulan lalu, maka kita akan pendekkan cerita dan terus sahaja kepada tujuan asal ye..

Entri kali ni saya kumpulkan sekali semua tempahan berkaitan bantal. Designnya lebih kurang sama je semuanya kerana kebanyakan customer berkenan dengan design yang ada sebelum-sebelum ni.

Selamat menjamu mata semua.. 😊😊







Yang atas sekali tu set bajet tilam bantal baby, manakala yang selebihnya tu semua bantal bersaiz a4. Kalau ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus klik di link wasap ini ye => www.wasap.my/60183985008

Assalamualaikum wbt.


Selasa, 7 Ogos 2018

Stationary Bag atau Boxy Bag

Assalamualaikum wwbt

Okey.. untuk minggu kedua ni nak up story tentang stationary bag dan boxy bag. Dua beg ni antara yang favourite untuk customer akak order untuk isi alatulis.

Boxy bag akak maybe tak besar sangat, sebab tu ada yangbtempah untuk isi alatulis. Tapi bagi sesiapa yang alat tulis tak berapa banyak tu better order stationary bag je.
Walaupun nampak kecil, beg tu boleh muat segala khazanah korang. Akak sendiri guna beg macam tu dan boleh muat puncher, stapler, pen, marker, gunting, eh... macam2lah. Boxy bag sesuai untuk mereka2 yang tak sukakan beg yang padat2 sangat untuk alatulis. Yelah.. senang nak cari barang nanti kan..

Oklah, uolls boleh cuci mata dan bezakan dulu saiz antara 2 beg tu ye..






Yang bertangkai atas tu boxy bag, dan yang bertali sisi tu stationary bag ye..

Haih.. mengantuk pulak pepagi ni. Akak rasa nak tido kejap sebelum sambung kerja2 yang lain. Jumpa lagi minggu nanti k..

Assalamualaikum..

Khamis, 2 Ogos 2018

I'm Back...

Assalamualaikum w.w.b.t

Allahu... lama betul meminggirkan blog ni. Sesungguhnya akhir-akhir ni akak memang tak sempat betul nak update blog. Lebih-lebih lagi masa dekat-dekat hari guru hari tu. Memang tak ingat terus nak update.

In sha Allah start bulan ni akak cuba kejar balik mana yang tertinggal.

Actually takde apa yang baru tentang produk akak. Tapi buat newbies yang baru-baru nak mula berkraf atau belajar menjahit tu, in sha Allah uoll boleh je cedok idea dari blog akak. Akak tak kisah pun.. asal jangan 'cedok' gambar buat hak milik sendiri sudahlah ye.. hehe..

Oleh kerana kita just nak throwback hasil yang dah kita buat awal-awal tahun haritu, so akak malas nak cerita panjang. Cerita disebalik gambar-bar tu pun banyak yang dah lupa. Uolls cuci-cuci mata jelah k..

Tempahan dari seorang cikgu yang dah tak sabar nak memulakan sesi persekolahan yang baru.

Tempahan dari seorang 'sis' yang ingin menjadikan beg ini sebagai beg bentonya.

Tempahan dari salah seorang pelanggan setia.

Ok.. itu dulu untuk ketika ini. Next week kita share pasal tempahan yang lain pula ye. Assalamualaikum semua..



Rabu, 28 Februari 2018

Tote bag pula..

Bismillahirrahmaanirrahiim

Ok, tanpa membuang masa kita terus je ke tujuan utama kita ye.




Ok... ini antara percubaan pertama sis buat tote bag besar. Dulu dah pernah buat dah, tapi dulu tu kira try and error la. Kali ni buat puas hati sikit dengan design dan saiznya.

Yang ni sebenarnya tempahan my adik ipar dan kawan2nya. Ada yang tempah sekali dengan beg stationary. Nampak santik je kan.. macam 1 set pulak.

Oklah, kejap lagi kita sambung untuk entri bulan Februari. Selesai hutang entri untuk bulan Januari. 😄😁
Bye2 semua...

Terima kasih, cikgu(2).

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmaanirrahiim..

Ya Allah... tak sedar langsung cepat betul waktu berlalu. Sampai terlupa nak update blog bulan lepas. Tau2 dah hujung Februari, esok dah nak masuk Mac.

Oklah, tanpa buang masa, kita sharing apa yang dah tertinggal u tuk bulan Januari haritu.




Ok, semua ni tempahan khas untuk menghargai cikgu2 sebelum tamat sesi persekolahan tahun lepas. Ade juga terselit beberapa set batu seremban yang ditempah bersama dengan beg2 untuk cikgu tu. 

Terima kasih banyak2 untuk semua yang sudi membuat tempahan dengan saya ye.