Produk

Produk

Selasa, 7 Ogos 2018

Stationary Bag atau Boxy Bag

Assalamualaikum wwbt

Okey.. untuk minggu kedua ni nak up story tentang stationary bag dan boxy bag. Dua beg ni antara yang favourite untuk customer akak order untuk isi alatulis.

Boxy bag akak maybe tak besar sangat, sebab tu ada yangbtempah untuk isi alatulis. Tapi bagi sesiapa yang alat tulis tak berapa banyak tu better order stationary bag je.
Walaupun nampak kecil, beg tu boleh muat segala khazanah korang. Akak sendiri guna beg macam tu dan boleh muat puncher, stapler, pen, marker, gunting, eh... macam2lah. Boxy bag sesuai untuk mereka2 yang tak sukakan beg yang padat2 sangat untuk alatulis. Yelah.. senang nak cari barang nanti kan..

Oklah, uolls boleh cuci mata dan bezakan dulu saiz antara 2 beg tu ye..






Yang bertangkai atas tu boxy bag, dan yang bertali sisi tu stationary bag ye..

Haih.. mengantuk pulak pepagi ni. Akak rasa nak tido kejap sebelum sambung kerja2 yang lain. Jumpa lagi minggu nanti k..

Assalamualaikum..

Khamis, 2 Ogos 2018

I'm Back...

Assalamualaikum w.w.b.t

Allahu... lama betul meminggirkan blog ni. Sesungguhnya akhir-akhir ni akak memang tak sempat betul nak update blog. Lebih-lebih lagi masa dekat-dekat hari guru hari tu. Memang tak ingat terus nak update.

In sha Allah start bulan ni akak cuba kejar balik mana yang tertinggal.

Actually takde apa yang baru tentang produk akak. Tapi buat newbies yang baru-baru nak mula berkraf atau belajar menjahit tu, in sha Allah uoll boleh je cedok idea dari blog akak. Akak tak kisah pun.. asal jangan 'cedok' gambar buat hak milik sendiri sudahlah ye.. hehe..

Oleh kerana kita just nak throwback hasil yang dah kita buat awal-awal tahun haritu, so akak malas nak cerita panjang. Cerita disebalik gambar-bar tu pun banyak yang dah lupa. Uolls cuci-cuci mata jelah k..

Tempahan dari seorang cikgu yang dah tak sabar nak memulakan sesi persekolahan yang baru.

Tempahan dari seorang 'sis' yang ingin menjadikan beg ini sebagai beg bentonya.

Tempahan dari salah seorang pelanggan setia.

Ok.. itu dulu untuk ketika ini. Next week kita share pasal tempahan yang lain pula ye. Assalamualaikum semua..