Produk

Produk

Selasa, 21 April 2020

Keychain felt, label bag.

Assalamualaikum and hai...

Ok.. sampailah kita ke entri terakhir untuk tempahan tahun 2018. So lepas ni boleh la up story tentang customer order tahun 2019 pulak. Untuk yang terakhir ni tak nak cite panjang2. Dan order kali ni pun yang simple je..

Keychain felt ni untuk geng dapo katanya. Simple but nice kan?
(Eh, tersyok sendiri pulak. Hehehe..)


Ok, yang ni pula label nama. Customer tempah label sahaja.
Macam2 boleh buat, nak tampal kat handmade boleh, nak buat keychain atau fridge magnet pun comey..

Alhamdulillah.. selesai untuk tahun 2018.
Kita jumpa di next entri untuk tahun 2019 pula.
Byee.....!

Pencase, Pencilcase dan Totebag

Assalamualaikum semua yang membaca..

Kelakar la, dah update blog 4 kali untuk tahun 2020, baru perasan sebenarnya takde orang pun yang tengok blog ni. 😅 Sebenarnya sis tak kisah pun, lagipun blog ni sebenarnya umpama diari craft sis. Semua tentang barang yang sis buat sis simpan kat sini, tak kiralah di simpan sebagai kenangan ataupun untuk dikongsikan..

Oklah, untuk kali ni sis nak share antara tempahan berskala besar yang sis buat. Kali ni barang comel2 je..


Yang ni simple pencilcase. Untuk anak2 prasekolah.
Yang atas tu untuk anak2 perempuan dan yang bawah untuk 
anak2 lelaki.



Yang ni pulak pencase. Tak kiralah pen apapun, markerpen pun boleh, semua boleh simpan dalam ni. Cenderahati untuk cikgu2 dan staff2 sekolah..


Haa... yang ni pula simple totebag untuk cikgu2.

Alhamdulillah.. selesai untuk entri kali ni.
So sape2 nak tempah beg ke apa2 dalam kuantiti yang banyak tu jangan la risau. In sha Allah.. harga sis semuanya berpatutan..

So, sampai jumpa lagi. Bye..
Assalamualaikim..

Tempahan beg 2018.

Assalamualaikum semua..
Allahu akbar..

Geramnya sis dengan diri sendiri bila kerap sangat lupa update blog. Dah 2 bulan terlepas. Aduiyai..

Sebelum berceloteh panjang, nak tanya khabar uolls semua dulu.
Sihat ke? Almaklumlah musim penyakit ni kan.. sis doakan semua yang membaca blog sis ni sihat2 semua hendaknya.
Sama-samalah kita berdoa semoga virus corona virus yang tengah berleliasa sekarang ni cepat2 pergi dan hilang dari negara kita.

Sis pun nak minta maaf juga, sebab dalam musim2 begini masih sibuk nak update blog yang tak berkaitan dengan isu semasa. Bukan apa, kehidupan kita mesti diteruskan ye tak? Mana yang boleh diselesaikan, kite selesaikan cepat2 supaya tak tertangguh lebih lama lagi.
Macam sis ni la.. tertangguh lama sangat sampai banyak benda tak sempat nak update kat blog.

Oklah, just nak bagitau.. untuk entri kali ni sis up je gambar2 yang tak sempat di up kan ye. Actually semua ni order dari tahun 2018. Haa.. punyalah lama tak update kan. So, untuk entri kali ni takde topik khas. Cuma nak abadikan antara order 2018 yang belum di paparkan k..




Totebag yang berbeza design

 
Boxy pencilcase saiz medium

Multipurpose bag. Pandangan depan dan belakang.

Mini boxybag

Big boxybag pandangan depan dan 
belakang dengan tambahan poket.

Mini totebag

Ok... itu antara tempahan yang diterima waktu tahun 2018. Ada lagi beberapa tempahan dari tahun yang sama, cuma kali ni ditempah dalam kuantiti yang banyak.
Untuk next entri sis akan tunjukkan antara tempahan2 tu ok..
Terima kasih semua..