Produk

Produk

Ahad, 18 Mei 2014

Kelas Kraf Felt Pertamaku

Assalaamu'alaikum..

Alhamdulillaah...selesai akhirnya kelas kraf yang dinanti-nantikan. Tarikh asalnya adalah pada seminggu sebelum bulan Mei yang lalu. Tapi oleh kerana ada hal yang tak dapat dielakkan, terpaksalah tarikh itu ditunda ke 10 Mei. Apepun terima kasih tak terhingga buat student-student UM yang sudi panggil saya untuk menjayakan aktiviti kelab diorang. Walaupun tak seramai yang dijangka, namun ianya satu pengalaman yang tak ternilai buat diri saya.


Sesi pembelajaran dan demo..dibantu oleh adikku Herdalia@Kak Lia.



Masing-masing khusyuk menyiapkan bantal masing-masing..



Bersama hasil kerja tangan masing-masing..

Antara hasil kerjatangan saya yang dijual dan dipamerkan

Bersama pelajar-pelajar UM yang hadir pada hari tersebut. Thanks semua..!

Salah satu pengalaman baru juga bila first time handle kelas macam ni. Banyak yang dapat dipelajari dan diperbaiki untuk kelas-kelas akan datang. Semoga akan datang lebih sukses.. So, sekian dulu untuk kali ini. Entri akan datang berkaitan musim kahwin lg. Bye-bye...


Tiada ulasan: