Produk

Produk

Khamis, 28 Mei 2015

Bantal Pelbagai Bentuk Lagi..

Assalamu'alaikum wbt

Bismillah dan Alhamdulillah kerana masih berkesempatan untuk update blog untuk bulan ini.

Pada yang tertunggu-tunggu tu minta maaf sangat-sangat sebab bulan ni terlewat sikit meng'update' blog. Seperti yang dijangka bulan Mei saya agak sibuk dengan tempahan untuk Hari Guru. Tapi kali ni tak nak crita tentang bantal hari guru. Saya nak share tentang beberapa bentuk bantal yang mana kali ni memang first time saya buat..k

Tempahan yang ni khas ditempah untuk parents cik adik ni. Dia minta saya buatkan bantal bentuk bunga.. Actually memang mencabar, dan saya rasa banyak yang perlu diperbaiki. Tentang design tu pula memang originally dari saya.. Materialnya cotton je..cuma applique tu je saya gunakan felt.
Kalau ada yang nak tempah guna material lain boleh bagitau awal-awal ye.. akan saya usahakan.

Ok...bantal ni pula asalnya tempahan dari ipar saya untuk baby newbornnya.. Tapi tiba-tiba terlintas pula dihati nak hadiahkan je sebab dia pun bukan sape-sape dengan saya...kan? ;p
Bantal ni pun macam kena banyak practice lagi. Bentuk 'U' tu macam tak berapa menjadi. Untuk baby newborn oklah muat, untuk ibu-ibu yang nak bf agak sempit sikit. Tapi setelah dicuba try test, untuk buat rest leher kat kereta pun ok jugak sebenarnya..

Saiz dua-dua bantal kat atas tu tak besar sangat..sesuai untu kereta dan sesuai untuk kepala baby. Harga pun ikut saiz. Kalau ada yang berminat saya janji akan buat improvement..hhehe.. apa-apa pertanyaan boleh whatsapp 0183985008 trus untuk respond yang lebih pantas k...

As salam...

Tiada ulasan: