Produk

Produk

Jumaat, 31 Julai 2015

Si Belang sana sini.

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kedua untuk hari ni temanya belang-belang..😄

Perasan tak bantal owl tadi saya guna kain cotton belang-belang?
Haa..disebabkan stok kain belang masih banyak dalam simpanan, saya pun gunalah untuk siapkan order-order customer saya yang seterusnya. Alhamdulillah sangat sebab customer2 saya semua sporting dan open minded..

Bantal yang ni tempahan dari sorang cikgu. Dia tempah saing-saing dengan yang brooch hari tu. Bantal ni dapat perhatian ramai orang yang katanya muka kartun yang saya buat tu nampak comel! Ahahaa..kebetulan je tu sebab bukan selalu pun dapat jadi secomel tu..

Yang ni pula tempahan dari customer yang sama order bantal owlie untuk anaknya dalam entri yang sebelum ni. Tapi yang ni untuk husbandnya.. 😊

Yang ni pula of coz untuk dirinya sendiri.. Nampak tak, kartun kali ni biasa2 je..kan? Sebab tangan ni bukan komputer yang boleh lukis secomel komputer tu ye..

Inilah dia 1 set tempahan dari ayah, ibu dan anak yang saya gunakan tema belang2..

Tempahan yang ni pula antara yang terbaru saya trima sebelum raya hari tu. Walaupun kedai saya tutup, saya masih lagi menyiapkan beberapa order yang datang pada masa tu..

Kain belang-belang ni memang menjadi kegilaan untuk saya pada waktu tu. Pantang tengok kain belang rasa macam nak grab je. Tapi prinsip saya takkan beli benda yang tak perlu. Selagi belum perlu, biasanya saya akan kuburkan je harapan nak beli kain2 tu.. Zaman sekarang ni semua benda naik harga, jadi kenalah pndai berjimat cermat k..

Bye-bye..

Musim Owlie

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt

Mohon maaf sangat-sangat pada yang biasa follow blog ni. Akhir-akhir ni memang agak bz nak update blog. Oleh kerana hari ni dah hujung bulan Julai, saya akan cuba update blog semampu yang boleh k..

Ok..kalau dilihat pada tajuk semua mesti sedia maklum topik kali ni adalah tentang bantal burung hantu (owl). Semuanya bermula bila saya buatkn bantal birthday untuk adik bujang saya. Tiba-tiba lepas tu ada yang bertanya dan minta buatkn bantal owl. Cuma berbeza designnya sebab saya janji pada dia saya nak designkan yang lebih comel.. hehe..

Yang ni untuk anak-anak buah lelakinya..tema biru. Gabungan kain cotton untuk 'body' bantal dan kain felt untuk bahagian-bahagian muka dan tulisan. 

Yang ini pula untuk anak-anak buah gugirlnya..tema pink. Material yang digunakan masih sama. Saiz semua owlies ni ialah lebih kurang 2kali saiz a4.

Geram sangat bila tengok bantal-bantal ni dah siap. Rasa macam tak jadi nak jual je. Hehehe..


Ok..bantal ni bukan dari customer yang sama, tapi dari kawan lama untuk anaknya. Dia berkenan dengan design yang atas tu, so dia minta nak design yang sama. 

Sekurang-kurangnya merasa gak nak buat bantal bentul burung hantu ni. Sape2 yang teringin nak tempah macam ni bleh trus wasap nmbor saya k..

Wassalam..

Sabtu, 11 Julai 2015

Signage dan Brooch ubat rindu..

Bismillah..

Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah.. sedar tak sedar dah hmpir ke penghujung bln ramadan dah kite. Macam sedih pun ada, antra sebabnya saya blum brpluang nk brtarawikh, mklumlah..ank bf. Leceh sikit. Harap-harap tahun depan masih ada kesempatan untuk tambah pahala.

Ok, sebelum nak mulakan entri baru, nak minta maaf sangat2 pada yg setia mnunggu entri saya setiap bulan. Bulan lepas cuma sempat update sekali je.. Bln ni pun dah tgh bulan bru dapat update.

Untuk kali ni nk story tentang tempahana bukan bantal. Yang pertamanya ialah signage..

Signage ni datang dari regular customer saya. Dulu prnh tempah yang sama untuk majlis kahwinnya, skrg pula untuk adiknya.. Signage ni nak diletakkan di pintu masuk bilik pengantin.

Time-time rindu nk berquilling, datang pula tempahan ni. Memang sehabis baik kite siapkn ek..



Brooch-brooch ni pula tempahan dari member seasrama dulu, sebaya my sister. Dia tempah untuk diletakkan di boothnya.  Yang ni pun memang mengubat rindu. Memang dah lama tak mereben, tiba-tiba datang order ni pulak, huh sukenyer...!

Oklah, ada masa nanti saya update lg untuk mengaktifkan sikit blog yang tersayang ni. Wassalam..