Produk

Produk

Jumaat, 31 Julai 2015

Si Belang sana sini.

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kedua untuk hari ni temanya belang-belang..😄

Perasan tak bantal owl tadi saya guna kain cotton belang-belang?
Haa..disebabkan stok kain belang masih banyak dalam simpanan, saya pun gunalah untuk siapkan order-order customer saya yang seterusnya. Alhamdulillah sangat sebab customer2 saya semua sporting dan open minded..

Bantal yang ni tempahan dari sorang cikgu. Dia tempah saing-saing dengan yang brooch hari tu. Bantal ni dapat perhatian ramai orang yang katanya muka kartun yang saya buat tu nampak comel! Ahahaa..kebetulan je tu sebab bukan selalu pun dapat jadi secomel tu..

Yang ni pula tempahan dari customer yang sama order bantal owlie untuk anaknya dalam entri yang sebelum ni. Tapi yang ni untuk husbandnya.. 😊

Yang ni pula of coz untuk dirinya sendiri.. Nampak tak, kartun kali ni biasa2 je..kan? Sebab tangan ni bukan komputer yang boleh lukis secomel komputer tu ye..

Inilah dia 1 set tempahan dari ayah, ibu dan anak yang saya gunakan tema belang2..

Tempahan yang ni pula antara yang terbaru saya trima sebelum raya hari tu. Walaupun kedai saya tutup, saya masih lagi menyiapkan beberapa order yang datang pada masa tu..

Kain belang-belang ni memang menjadi kegilaan untuk saya pada waktu tu. Pantang tengok kain belang rasa macam nak grab je. Tapi prinsip saya takkan beli benda yang tak perlu. Selagi belum perlu, biasanya saya akan kuburkan je harapan nak beli kain2 tu.. Zaman sekarang ni semua benda naik harga, jadi kenalah pndai berjimat cermat k..

Bye-bye..

Tiada ulasan: