Produk

Produk

Isnin, 30 November 2015

Mainan 'Lejen' Nii... ☺

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalaamu'alaikum wbt,

Alhamdulillaahh....sedar tak sedar dah penghujung November dah. Bulan ni kelam kabut btul nak update blog, super busy sgt walaupun cuma ada 3 order.

Ni lah dia permainan lejen tu.. Permainan batu seremban.

Dulu dah pernah buat dah set ni, waktu tu member sekolah tempah untuk sekolah tempat dia mengajar. Memang dah lama tak buat set ni. Set beserta beg uncang corak warna warni ni sebenarnya untuk tujuan promo je. Bukan untuk dijual ye.. hehe..

Ok...inilah hasil dari promo tadi...saya dapat tempahan untuk 2 set batu seremban oleh customer saya untuk anak-anaknya. Kain boleh pilih ye..



Lepas siap 2 tempahan ni, ada berlaku satu kenangan manis. Saya dilamar oleh 1 stesen tv ni untuk buat slot diy buat batu seremban. Tapi sayangnya saya terpaksa tolak sebab tempahan sedia ada waktu tu masih banyak perlu disettlekan. Huhuu...

Harap-harap lepas ni ada peluang lagi untuk 'masuk' tv.. 😁

Ok..sampai sini dulu untuk entri bulan ni. Jumpa lagi untuk bulan Disember nanti k.
Adioss...

Tiada ulasan: