Produk

Produk

Jumaat, 29 Januari 2016

Warna warni si boxy..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

As salaamu'alaikum wbt..

Sekejapnya dah nak habis bulan Januari kan..? Hmm..
Sebelum terlupa, meh nak story pasal entri kali ni. Awl bulan Disember hari tu pertama kalinya dapat tempahan besar dari taska. Seronoknye rasa. Tapi kalau tak kerana adik saya kerja situ, tak merasa jugak kot dapat tempahan dari taska ni.

Inilah step pertama nak buat kotak tisu. Kena potong kain dulu ikut saiz yang diinginkan. Cantikkan warna-warna dia?

Lepas tu kena siapkan reben berpuluh-puluh pula. Part ni pun ntah berapa kali jatuh cinta dengan warna-warna bunga ni... 

Lepas kain dicantum, giliran bunga-bunga pula untuk di hiaskan pada cover kotak tisu. Kena pandai matchingkan kaler yang sesuai dengan warna cover.

Lepas tu pandai-pandailah nak hias ape pada cover tu. Nak tambah kerawang ke, applique ke.. Cantik je bila dah siap..sayang je rasa nak bagi pada customer..

Siap di'packing'... Sedia untuk dihantar..

Nampak tak, bukan senang nak buatnye.. banyak lagi prosesnya. Cuma tak sempat nak snap gambar je. Jadi, harapnya semua memahamilh ye. Bukan saje-saje nak letak harga..

Ok, habis sudah entri versi warna-warni kali ni. Bulan depan kita cite pasal barang baru pula k...
Assalaamu'alaikum...




Ahad, 17 Januari 2016

Set Bajet Baby Lagi

Bismillah..

Assalaamu'alaikum wbt semua..

Alhamdulillah..
Sedar tak sedar kita dah dipertengahan bulan Januari tahun 2016.. Syukur masih diberi kesempatan waktu untuk memperbaiki diri.

Oklah, malas nak bebel panjang-panjang. Kita straight to the point jelah k..
Order kali ni datangnya dari cikgu taska pada awal bulan November yang lepas. Order ni datang saing dengan order yang akan saya ceritakan untuk next entry nanti.

Jom kite layan picture dulu k..

Untuk set bajet kali ni customer saya memilih kombinasi tilam dan bantal. Bertemakan warna biru, design yang dipilih pun hanya yang simple je.

Bersama set bajet ini, customer saya tambah 2 lagi bantal dengan harga biasa. Tapi sebabkan dia minta kosong je so harga pun kita kasi murah sikit..

Just nice je warna dia. Dahlah warna ni memang warna favourite saya.. 

Oklah, untuk next entri ada produk yang penuh dengan warna warni. Sepanjang siapkan barang tu pun tak terasa penatnye..

Sampai jumpa lagi nanti ye.. Wassalam...