Produk

Produk

Jumaat, 29 Januari 2016

Warna warni si boxy..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

As salaamu'alaikum wbt..

Sekejapnya dah nak habis bulan Januari kan..? Hmm..
Sebelum terlupa, meh nak story pasal entri kali ni. Awl bulan Disember hari tu pertama kalinya dapat tempahan besar dari taska. Seronoknye rasa. Tapi kalau tak kerana adik saya kerja situ, tak merasa jugak kot dapat tempahan dari taska ni.

Inilah step pertama nak buat kotak tisu. Kena potong kain dulu ikut saiz yang diinginkan. Cantikkan warna-warna dia?

Lepas tu kena siapkan reben berpuluh-puluh pula. Part ni pun ntah berapa kali jatuh cinta dengan warna-warna bunga ni... 

Lepas kain dicantum, giliran bunga-bunga pula untuk di hiaskan pada cover kotak tisu. Kena pandai matchingkan kaler yang sesuai dengan warna cover.

Lepas tu pandai-pandailah nak hias ape pada cover tu. Nak tambah kerawang ke, applique ke.. Cantik je bila dah siap..sayang je rasa nak bagi pada customer..

Siap di'packing'... Sedia untuk dihantar..

Nampak tak, bukan senang nak buatnye.. banyak lagi prosesnya. Cuma tak sempat nak snap gambar je. Jadi, harapnya semua memahamilh ye. Bukan saje-saje nak letak harga..

Ok, habis sudah entri versi warna-warni kali ni. Bulan depan kita cite pasal barang baru pula k...
Assalaamu'alaikum...




Tiada ulasan: