Produk

Produk

Sabtu, 30 Julai 2016

Membatu seremban la kita..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah..

Sebelum intenet ku tamat tempoh, sempat juga akhirnya update blog untuk satu lagi entri.

Kali ni nak cerita tentang satu tempahan dari cikgu sekolah untuk kelab permainan di sekolahnya..
Cikgu ni tempah 20 uncang dengan 6 anak batu seremban dalam setiap uncang.
Bayangkanlah, beratus juga nak siapkan batu serembannya tu. Seram juga sebenarnya time siapkan order dari cikgu ni, sebab semua update progress saya takde balasan langsung dari dia. Alhamdulillah, naik je cuti sekolah sebelum puasa hari tu poslah akhirnya semua set batu seremban tu kepada cikgu tu.

Haa..nilah rupanya si uncang bersama batu-batu seremban..


Harap-harap cikgu tu berpuas hatilah dengan hasil kerja saya. Moga-moga sedikit sebanyak diorang tu dapat 'berbakti' pada ank-anak murid dan sekaligus cikgu-cikgunya

Ok..masa untuk tidur.. Esok nak gi jemputan hari raya rumah kawan. Tido lambat sangat kang mata jadi mata zombie..

Jumpa lagi bulan depan, as salam..

Tiada ulasan: