Produk

Produk

Rabu, 18 Januari 2017

Tempahan Beg Lagi..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalaamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah..
Sedar tak sedar kita dah di pertengahan bulan Januari di tahun baru 2017.
Busy sangat hujung bulan hari tu sampai tak sempat update satu pun entri untuk bulan Disember. Takpe, nanti saya qada' mana yang tertinggal tu ye..

Ini antara tempahan dari customer saya untuk dia sekeluarga.

Drawstring bag ni khas untuk anak lelakinya, manakala boxy bag tu pula untuk anak perempuannya..

Beg ini pada asalnya saya designkan untuk kawan anak saya, tapi customer saya berkenan dan minta buatkan versi beg telekung pula. Ok tak?

Ok.. beg kecil dan comel ni pula khas untuk suaminya. Katanya untuk jadi tempat menyimpan rokok-rokok daunnya. Kalau tengok saiznya, besar sikit je dari kotak rokok biasa.

Suka dengan tempahan sis ni, sebab banyak cabaran yang datang dalam nak design bentuk-bentuk beg yang jarang@tak pernah kita buat.

Oklah.. kita jumpa kat next entri pula ye..
Bye...



Tiada ulasan: