Produk

Produk

Selasa, 18 Julai 2017

Siaran Ulang Tayang

Assalamualaikum dan Alhamdulillah..

Kali ini untuk entri bulan Jun pula. Tak banyak yang nak kita ceritakan. Kebanyakan produk kali ni semunya kita dah pernah cerita.. Kalau masih sudi kita layan jelah ye.. 

Coinpurse tempahan dari kawan-kanak anak-anak..

Big boxybag untuk telekung.

Dalam gambar ni yang nak dihighlite kan si burung hantu tu. Sebelum ni orang biasa tempah bantal burung hantu, tapi kawan saya ni tempah sarung bantalnya. Bantalnya dia nak buat sendiri katanya..

Ok.. 
Lepas ni kita ke entri kedua untuk bulan Jun. Terima kasih untuk semua yang sudi melawat blog saya ye..

Assalamualaikum wbt..



Percubaan Tote Bag

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamu'alaikum wbt

Okey.. ini entri ke dua untuk bulan ni yang mana sebenarnya saya gantikan untuk entri bulan Mei. Actually, kalau sekarang dalam bukan Mei, saya memang tengah busy gila sampai rasa nak surrender. Sebab tu nak update blog pun tak sempat. Ramai yg nak order last minit tapi dalam kuantiti yang banyak. 
Mana yang termampu je akak ambil, tu pun ada gak yang terpaksa ditolak. Sorry ya..

Totebag ni tempahan dari cikgu anak saya. Dia minta saya buatkan beg yg muat untuk isi buku2 besarnya. Alhamdulillah.. Selesai satu tempahan..


Beg ni pula bukan tempahan customer, ini saya buat untuk anak jiran yang nak berpindah. Begnya comel je.. muat buku iqra' yang kecil tu.. Kalau nak buat hadiah pun boleh juga.
Roger2 je kalau berminat k...

Bye..
Assalamualaikum..




Beg Pelbagai Guna Cikgu

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Rupanya hampir 3bulan tak update blog. Arghh.. rasa bersalahnya dengan blog saya ni.. Bulan 5 haritu busy sangat dengan tempahan hari guru, lepas tu bulan 6 dah busy kejar tempahan sebelum raya sampai tak sempat nak jahit baju raya.

Maaf sangat2 pada follower, saya cuba kejar balik masa yang dah terlepas tu. Ok, untuk entri kali ni saya nak up produk yang masih baru.



Beg ni di reka oleh sorang customer dan dia minta saya realisasikan beg yang menjadi idamannya ni. Saya pun cuba jelah mana yang termampu dan tadaa... inilah hasilnya.

Beg yang bawah tu pula adalah percubaan kedua saya sebab dah ada yang berkenan. So far ok je feedbacknya.



So, sesiapa yang teringin nak tempah atau ada design sendiri yang ingin direalisasikan boleh saya cuba tunaikan mengikut yang termampu ye.
Nanti next entri kita tengok produk baru lagi k.. chow..

As salamualaikum..