Produk

Produk

Jumaat, 25 Januari 2019

Beg Syiling lagi..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Ok.. kita straight to the point. Bersambung dari entri yang sebelum ni, kita tengah story tentang beg syiling.

Ok, tempahan yang ni untuk ustazah2 di akhir tahun haritu.



3 gambar yang atas ni tempahan dari kawan lama masa di kolej dulu. Beg2 ni ditempah khas untuk dijadikan hadiah kepada cikgu2 anaknya..

Yang ni pula tempahan untuk kawan2

Ok, selesai tajuk beg syiling. Ada masa nanti kita story tentang tempahan yang lain pula ok. Terima kasih semua.
Assalamualaikum wwbt.beg 

Beg Syiling

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah..
Sementara bulan Januari masih berbaki beberapa hari ni, saya akan up kan beberapa lagi entri yang dah tercicir jauh dan sepatutnya di upkan masa tahun lepas lagi.

Ini tempahan terawal beg syiling yang akhirnya ramai berminat nak tempah juga. Tempahan ni dari kawan lama yang nak tempah untuk dihadiahkan kepada cikgu anak2nya.

Ini pun tempahan untuk diberi kepada cikgu.

Tempahan ni pula untuk dijadikan hadiah kepada kawan2 sekerja.

Ini pula tempahan untuk anak2 dan anak2 buah.


Dua gambar ini pun untuk anak2.

Ok... next entri pun tentang beg syiling. Kiranya sambungan kepada entri yang ni. Kita cuci mata jelah nanti ye..
Bye bye...

Assalamualaikum

Khamis, 17 Januari 2019

Tempahan pukal (Bulk Order) 2

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Ok, sambungan dari entri yang sebelum ni, kali ni tempahan pukal untuk mini boxy bag pula.
Kita terus kepada pic sajelah ye..





Ok... ini bulk order kedua semasa sambutan Hari Guru tahun 2018. Yang ni memang last minit, dan saya buat sampai demam2. Banyak ni saya siapkan cuma seminggu, buat sorang2 k.. takde assistant.

So, diingatkan sekali lagi, untuk tempahan pukal sila book slot sebulan awal. Kalau lambat2 saya takut tak sempat dan terpaksa tolak tempahan anda.
Ok.. doa2kan saya sempat kejar semua story yg tertinggal tahun lepas k..

Jumpa lagi untuk next entri. Bye...
Assalamualaikum..


Tempahan Pukal ( Bulk Order) 1

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah di pertengahan Januari.
Tahun lepas memang agak sibuk sampaikan culas meng'update' blog.
Kecewa pula rasa dengan diri sendiri.. hmm..
Tahun ni harap-harapnya dapatlah kejar balik mana yang tertinggal.

Ok, sempena tahun baru ni kita story la sikit apa antara kebizian yang melanda tahun lepas. Last story tahun lepas ada cerita tentang pen case, kali ni story benda lain pulak.





Boxy pencilcase saiz ni adalah permintaan dari customer saya. Saiznya agak besar sikit, sesuai untuk cikgu-cikgu yang ada bermacam alatulis untuk disimpan tu. 

Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah dalam kuantiti yg banyak macam ni, dinasihatkan buat tempahan awal ye. Ini untuk mengelakkan masalah2 lain yang bakal timbul nanti.

Next entry kita story pasal produk lain pula k..
Terima kasih dan Assalamualaikum..