Produk

Produk

Khamis, 17 Januari 2019

Tempahan Pukal ( Bulk Order) 1

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah di pertengahan Januari.
Tahun lepas memang agak sibuk sampaikan culas meng'update' blog.
Kecewa pula rasa dengan diri sendiri.. hmm..
Tahun ni harap-harapnya dapatlah kejar balik mana yang tertinggal.

Ok, sempena tahun baru ni kita story la sikit apa antara kebizian yang melanda tahun lepas. Last story tahun lepas ada cerita tentang pen case, kali ni story benda lain pulak.





Boxy pencilcase saiz ni adalah permintaan dari customer saya. Saiznya agak besar sikit, sesuai untuk cikgu-cikgu yang ada bermacam alatulis untuk disimpan tu. 

Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah dalam kuantiti yg banyak macam ni, dinasihatkan buat tempahan awal ye. Ini untuk mengelakkan masalah2 lain yang bakal timbul nanti.

Next entry kita story pasal produk lain pula k..
Terima kasih dan Assalamualaikum..

Tiada ulasan: