Produk

Produk

Khamis, 7 Mac 2019

Welcome back my handmade pillow..

Bismillaahirrahmaanirrahiimm

Assalamualaikum semua. Hai..
Alhamdulillah.. tiba-tiba dah ada dalam bulan Mac. Februari hari tu tak sempat nak update blog dek kerana kebizian.

Oklah, kali ni saya nak up gambar bantal. Sekarang memang jarang-jarang dapat tempahan bantal. Banyak fokus kat beg je.

Ok.. Bantal ni tempahan dari customer lama saya. Sebelum ni pernah order untuk anak-anaknya juga. Tapi yang ni lewat sikit mungkin kerana waktu tu sikecik ni belum lahir lagi. 😁

Bantal design yang ni dah pernah dibuat sebelum ni. Kali ni buat design ni lagi atas permintaan customer sendiri. Saya ubah sikit je pose kartun tu.

Bantal-bantal ni pula tempahan dari kawan lama waktu di sekolah menengah dulu. Bantal-bantal ni nak dijadikan hadiah konvo masa hujung tahun lepas.

Oklah.. next entry cerita tentang beg-beg lagi.
Assalamualaikum.. bye..

Tiada ulasan: