Produk

Produk

Ahad, 11 Mei 2014

Craft Contest 2014

Alhamdulillah... diam tak diam dah menghampiri pertengahan bulan Mei. Sekejap betul masa berlalu..

Bulan lepas saya target nak cuba mencabar diri saya dengan menyertai craft contest yang dianjurkan oleh orang perseorangan, yang juga merupakan salah seorang supplier terbesar di KL ni.. Untuk menyertai contest ni cuma perlu beli set contest yang dijual kemudian rekakan creation menggunakan bahan yang telah disediakan. Tarikh tutup contest ni berakhir pada hujung bulan April lalu dan sudah pun dijalankan sejak awal tahun yang lalu.
Ni dia set contest tu.. Tema kraf adalah "Budaya Malaysia" dengan slogan "Saya Boleh".

Menu Magnetic Board 

Ini adalah rekaan saya yang pertama, merupakan sebuah Menu Magnetic Board.. Fungsinya, kita boleh jadikannya sebagai tempat untuk kita menampal list barang untuk di beli di pasar. Selain tu, kita juga boleh lekatkan senarai menu yang dah kita rancangkan untuk 1 hari pada papan menu ni. Menarik x? hehe...

Kalau perhatikan betul-betul pada setiap penjuru tu ada hiasan menu untuk 4 kaum terbesar di Malaysia. Ada model clay nasi lemak, roti canai,sup dan spagetti. Walaupun tak berapa nak jadi, tapi sekurang-kurangnya saya dah try buat clay....! Yea...!
Ini pula rekaan kedua saya...buku ala-ala scrap book. Tapi ini bukan sebarang buku tau..buku ni dibuat daripada kain felt dan mengandungi pop-up bergambar..


Nilah dia ciptaan saya yang terakhir...da macam scrap book kan?

Ada 3 kaum terbesar di malaysia yang saya abadikan dalam buku ni. cara buku ni berfungsi ialah apabila kita membuka semua helaian yang mana gambar orang tu akan timbul bila setiap kali kita membuka helaian demi helaian. bila dah siap comel lak..rsa macam tak jadi hantar je masa ni..hehe..


Ok...ini lah hadiah yang saya dapat hasil dari join contest craft ni. Actually, pada result contest ni, takde sape yang menang. Semua peserta dapat hadiah yang sama oleh kerana pihak penganjur yang tidak berpuas hati dengan hasil rekaan yang diterima. Walaupun ada sedikit kecewa tapi saya rasa puas sebab dapat join contest macam ni. Harap-harap dapat join lg contest yang lebih mencabar selepas ini..





Tiada ulasan: