Produk

Produk

Ahad, 5 Oktober 2014

Suka Suki ArtFrame

Assalamu'alaikum dan Alhamdulillah..

Masih mampu bernafas lagi di bumi Allah ni. Istimewanya..hari ni adalah Hari Raya Aidiladha. Tapi, disebabkan hari ini berjalan macam hari-hari biasa, tak ke mana-mana, tak de makan special-special (tengahari nanti bru nak masuk dapur), so pagi ni terasa nak update entrilah..

Actually lepas last entri hari tu agak free sikit dan saya ambil sedikit masa untuk deco artframe yg dah sbulan lbih dibeli dr Sportlight Ampang. Mood macam malas, tapi disebabkan en hubby tiba-tiba tanya pasal frame tu so kluarkan la juga segala peralatan kraf. Hari tu buat hari tu juga siap..fuhh..

Rasanya yang ni kalau uolls kreatif boleh je buat sndri kat rumah.. saya just share idea je..k


Actually bingkai frame tu hanya sekadar kayu. But saya warnakan dengan pewarna akrilik untuk menaikkan seri frame ni..



Di kedai yang sama ada juga dijual segala hiasan-hiasan yang sesuai kita tampalkan pd artframe ni. So di atas itulah antara kegunaannya untuk mencantikkan lagi artframe tu. Pada yang terlebih rajin n kreatif tu boleh je buat sendri guna apa sahaja yg ada di sekeliling kita..

Ok, stop dlu untuk kali ni. Next entri nak cite pasal the latest tempahan bantal yg dah diterima..k bye.. 

Tiada ulasan: