Produk

Produk

Selasa, 16 September 2014

Tempahan-tempahan Brooch

Bismillah

Entri kali ni takde nak cite tentang handmade terbaru, just nak cite tentang brooch-brooch reben yang dah saya buat untuk beberapa customer saya.

Ada beberapa design baru yang dah saya buat demi memenuhi permintaan customer. Tapi kebanyakan design-design yang saya buatkan tu tak banyak dan hanya sekadar sebagai test market untuk customer.


Yang ni tempahan dari adik ipar saya untuk anak-anak muridnya yang akan pergi bertanding. Untuk dirinya sendiri saya buatkan beberapa design baru dan untuk anak muridnya dia minta saya buatkn brooch pelangi.


Tempahan yang ini pula adalah untuk ibu saya yang katanya untuk dijual kepada kawan-kawannya. Ada yang saya buatkan sama dengan customer yang sebelum ni, selebihnya adalah percubaan-percubaan baru.

So, setakat ni inilah antara tempahan-tempahan brooch yang dah diterima selepas hari raya yang lepas. Kalau ada yang berminat menempah untuk korsaj, bunga dada rewang atau sebagai hadiah kepada tetamu yang datang di majlis perkahwinan, bolehlah hubungi saya di fb atau no yang tertera di atas tu k..

Terima kasih..

Tiada ulasan: