Produk

Produk

Sabtu, 31 Oktober 2015

Demam Busy Book..!

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Alhamdulillah, dalam busy-busy masih dapat menyempatkan diri untuk update entri ke dua untuk bulan ni. Sebut pasal busy, ni nak story sikit pasal topik kali ni. Sekarang ni boleh dikatakan demam busy book dah mula menular. Semua orang ingin nak buat, tinggal rajin dan ada masa atau tak je.

Saya sendiri sebenarnya dah try buat sendiri untuk anak-anak. Kira-kira sebelum raya Aidilfitri yang lepas. Disebabkan salah timing, trpksalah kejar masa sikit sebab masa tu baju-baju raya memang belum berjahit langsung..

Ade yang tak tau ke apa itu busy book? Ada juga yang sebut quiet book, sebabnya buku ni banyak melatih skill anak-anak sebelum menempuh alam persekolahan.

Cover depan yang simple-simple je gitu..

Lembaran ni melatih anak-anak berfikir secara logik dan rasional tentang alatan mandian dan kegunaannya

Yang ni pula melatih anak-anak belajar berdikari tentang bagaimana mempersiapkan diri selepas mandi

Yang gambar makanan dan almari makanan tu pun melatih anak-anak berfikir tentang menu yang sesuai disediakan mengikut waktu-waktu makan.
Gambar yang bawahnya tu pula mengajar anak-anak berlatih kemahiran motor, menggunakan jari untuk menggunakan penyepit

Imej yang atas tu melatih anak-anak berfikir secara kreatif bagaiman hendak menghasilkan kek@aiskrim.. secara tak langsung boleh memupuk minat mereka dalam bidang masakan


Lampiran yang ni lebih kurang mainan puzzle, anak-anak perlu mencari bentuk yang sesuai untuk dipadankan dengan tapak warna yang disediakan.

Dua-dua gambar diatas ni pun melatih anak-anam membina hobi baru seperti berkebun dan memelihara ikan dalam akuarium.
Untuk gambar yang atas, anak-anak dapat belajar memasang butang yang betul dan yang dibawah membina kreativiti anak-anak dalam menyusun atur hiasan dalaman sesebuah akuarium.


Dua gambar yang atas ni pun adalah untuk memupuk anak-anak berjinak-jinak dalam hobi baru yang lain.

Salah satu idea yang di inspirasikan dari game yang pernah glamer satu msa dulu

Yang ni pula adalah untuk memahirkan anak-anak dengan subjek matematik dan susur atur nmbor dalam sebuah jam

Sebenarnya ada bayak lagi idea2 yang boleh dipinjam dr google. Sape-sape yang agak-agaknye ada masa dan bahan untuk membuat sendiri buku ni, boleh try google n cuba dapatkn contoh di sana ye.

Oklah, mata dah ngantuk sangat ni. Esok ada projek lain nak buat. Terima kasihlh sudi baca apa yang saya dah bebelkan tadi. Sampai jumpa lagi.. as salam...

Tiada ulasan: