Produk

Produk

Khamis, 17 Mac 2016

Bantal Pelbagai Tema

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..
Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah.. pejam celik kita dah dipertengahan bulan Mac, masih lagi berpeluang hidup di muka bumi Allah dan memberikan khidmat pada yang memerlukan.

Nampaknya, akhir-akhir ni permintaan kepada bantal meningkat semula. Lagi pula sekarang ni cuti sekolah dan ramai orang melangsungkan perkahwinan mahupun yang bertunang. (Eh, terasa macam skema sangat lak entri kali ni. Hehehe..)

Ok, berbalik kepada topik asal, kali ni nak cite tentang 3 tempahan bantal yang berlainan tema..

Bantal pertama ni temanya perkahwinan. Customer minta buat gambar bercetak pada covernya, so kita ikutkan jelah.. Bantal ni bersaiz 12x12inci ye..

Bantal kedua ni pula temanya bantal harijadi.. Yang ni pula customer request yang simple-simple je. Alhamdulillah...nasib baik dia berpuas hati.. 😊

Ok...bantal ketiga ni cuba korang teka tema apa? Haa...bantal ni saya anggapkan bantal tema couple. Hihihi...sebabnya, ada kata-kata sweet kat belakang tu yang ditujukan pada seseorang. Siapalah tu agaknye kan...

Persamaan antara ketiga-tiga bantal ni ialah, semuanya ditempah khas untuk dihadiahkan pada seseorang. Nampak tak peranannya di situ? Hee..
So, maknanya lepas ni kalau ada sesiapa yang rasa kering idea nak hadiahkan apa pada yang istimewa, tak kira kekasih, kawan atau keluarga, bolehlah cari kami di Alin Craft Lover ye...

Sampai sini dulu untuk kali ni. Mata da ngantuks ni, wassalam...

Tiada ulasan: