Produk

Produk

Khamis, 31 Mac 2016

Musim bertunang dan berkahwin datang lagi..

Bismillaahirrahmaanirrahim..

Assalaamu'alaikum wbt semua..alhamdulillaah..
Kita da selamat sampai ke penghujung bulan Mac.

Sebelum cuti sekolah yang lepas, ramai pula yang tempah bantal untuk pertunangan dan perkahwinan. So, untuk entri hujung bulan ni dan pembuka bulan April, saya akan ceritakan beberapa tempahan berkaitan musim pertunangan dan perkahwinan ni ye..

Bantal yang pertama ni customer saya pilih set budget pertunangan untuk bantal bersaiz a4. Dua-dua design yang sama.. 

Bahagian depan.

Bahagian belakang.

Bantal kedua ni pula set budget pertunangan untuk bantal saiz 12x12inci. Sebenarnya mana-mana bahagian pun boleh jadi depan dan belakang sebab designnya sama dan ada deco di bahagian depan dan belakang. 

Sedar tak sedar order kali ni ramai pilih warna turqoise untuk tema bantal. Selamat menjalani alam pertunangan buat customer-customer saya..

Next entry kita sambung topik yang sama lagi k.. Sampai jumpa lagi..
Assalaamu'alaikum..

Tiada ulasan: