Produk

Produk

Khamis, 22 September 2016

Jemputan Demo di TV!

Alhamdulillaah..

Sambungan dari entri yang sebelum ni, dek kerana fenomena coinpurse, tiba-tiba saya dijemput untuk membuat demo di sebuah stesen tv swasta al-Hijah,
dalam rancangan 'Assalamualaikum' segmen DIY.


Memang moment yang paling best rasanya sejak bergelar crafter. Ini kali kedua saya dijemput, cuma bezanya kali ni saya terima tawaran ini kerana barang-barang untuk hiasan set dah sedia ada. Taklah kelam kabut nak sediakan semuanya dalam masa yang singkat.

Seronok dapat berganding bersama pengacara yang cantik manis Farrah Adeeba. Seronok lagi sebab dapat share ilmu untuk buat beg-beg saya ni.. ☺

Siapa yang tak seronok kan tengok orang yg rapat dengan kita masuk tv. Anak-anak, adik-beradik, kluarga, kawan-kawan semua tumpang gembira. Mudah-mudahan untuk tahun depan ada rezeki lain pula menunggu. Aamiinn...


Fenomena Dompet Syiling

Alhamdulillaah..

Ceritanya bermula bila satu hari saya terfikir kenapalah saya tak buatkan coinpurse untuk anak-anak saya sedangkan mereka simpan duit merata-rata tempat.
Inilah purse try 'n' error yang saya buatkan utk anak-anak. Tanpa disangka-sangka kawan-kawan anak saya berkenan nak beli juga..

Ini customer pertama anak saya. Tempahan ni ambil masa yang lama walaupun cuma satu sebab saya cuba designkan sebaik mungkin untuk customer cilik saya.

Siap, satu beg, menyusul pula tempahsn yang lain... siap request nak kain apa gitu. Alahai nak...terpaksalah ikutkan jelah..

Kemudian, rupanya dalam ramai-ramai kawan di fb tu ada yang berkenan nak tempah untuk anaknya. Takpelah, saya turutkan. Lagipun bukan orang lain. Kawan sekolah menengah saya dulu juga..

Nampak tak betapa fenomenanya kisah disebalik coinpurse ni?
Haa...kisah dlm entri saya seterusnya lagi best. Tunggu tau..

Bantal Untuk Pengantin

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah..

Dalam sibuk-sibuk ni sempat juga akhirnya update blog ni. Banyak sangat dah berhutang entri kat follower semua.
Oklah, tak payah banyak membebel. Kali ni nak cerita tentang tempahan bantal pengantin yg ditempah oleh kawan sepermainan masa kecil dulu..


Kalau tengok pada tarikh, pengantin ni baru je kawin 17 September yang lepas. Tahniah kami ucapkan.

Bantal ni sama designnya dengan satu bantal yang pernah saya buat dulu. Cuma tukar warna dan sikit perkataannya saja.

Oklah, untuk next entri ada satu fenomena yang bakal saya ceritakan. Tungguuuu.....! 😉


Khamis, 1 September 2016

Boxy Bag Lagi..

Assalaamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah..sekejap je kita dah masuk bulan September.
Akhirnya terlewat juga nak update entri kedua untuk bulan Ogos. Takpelah, sekarang juga kita update entri baru ye..

                                  
Ok... ini gambar waktu dalam fasa 1, nak masuk fasa ke 2. Lepas ni nak letak nama pula.

Selesai sudah.. Beg-beg ni ditempah oleh abang kita ni untuk isteri dan anak-anak yang tersayang. Sweet kan..😉

Beg boxy ni memang banyak permintaanya. Ni kira batch ke2. Nanti muncul batch 3 pulak. Tunggu ye..

Bye..
Wassalam..