Produk

Produk

Khamis, 22 September 2016

Jemputan Demo di TV!

Alhamdulillaah..

Sambungan dari entri yang sebelum ni, dek kerana fenomena coinpurse, tiba-tiba saya dijemput untuk membuat demo di sebuah stesen tv swasta al-Hijah,
dalam rancangan 'Assalamualaikum' segmen DIY.


Memang moment yang paling best rasanya sejak bergelar crafter. Ini kali kedua saya dijemput, cuma bezanya kali ni saya terima tawaran ini kerana barang-barang untuk hiasan set dah sedia ada. Taklah kelam kabut nak sediakan semuanya dalam masa yang singkat.

Seronok dapat berganding bersama pengacara yang cantik manis Farrah Adeeba. Seronok lagi sebab dapat share ilmu untuk buat beg-beg saya ni.. ☺

Siapa yang tak seronok kan tengok orang yg rapat dengan kita masuk tv. Anak-anak, adik-beradik, kluarga, kawan-kawan semua tumpang gembira. Mudah-mudahan untuk tahun depan ada rezeki lain pula menunggu. Aamiinn...


Tiada ulasan: