Produk

Produk

Rabu, 30 April 2014

Try Test Market Lak..

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Alhamdulillah, sebagai penutup bulan April bertemu lagi untuk entri ketiga. Kali ni tak nak banyak mengomel tapi nak tayang sikit antara barang-barang yang saya nak try jual secara offline pada kira-kira pertengahan bulan Mei nanti.

 

Wishing Pillow
Saiz A4 - Sebiji RM30

Sempat siapkan 2 biji bantal ni je.. 2 biji lagi tak sempat gak nak siapkan. Terpaksa buat persiapan yang lain dulu.



Frame Berhias untuk gambar saiz 3R
Sebuah RM10 sahaja. Pilihan warna-pink,yellow,black.

Frame-frame ini untuk gambar bersaiz 3R. Kuantiti dan pilihan warna terhad. Frame ini dihiaskan dengan bunga-bungaan quilling yang comel. 

Selain 2 produk ni, saya turut mencuba menjual 3 jenis brooch. Brooch-brooch ni ada saya ceritakan pada entri yang lepas.

Sebenarnya semua ni saya nak jual pada hari saya akan buat kelas kraf dengan pelajar-pelajar UM pada bulan Mei nanti. InsyaAllah nanti saya akan post kan entri tentang kelas yang bakal dilangsungkan tu. Untuk kali ni sampai di sini dulu sebab nak kejarkan barisan tempahan yang banyak menunggu. Adioss... Bye..

Sabtu, 12 April 2014

Brooch lagi.. ^_^

Salam semua..

Okeyy...di sebabkan bulan lepas saya berhutang 1 entri, so bulan ni saya akan buat 3 entri untuk membayar balik hutang bulan lepas. Bukan apa..da janji dengan diri sendiri, da ada blog mesti rajin-rajin update selalu..

Kita terus kepada topik utama, sebenarnya agak teruja nak update entri kali ni. Penuh warna warniii...! I like..!!

 Brooch pelangi ni sebenarnya termasuk dalam kategori 'projek tertangguh' sebab dah lama nak try buat kelopak bunga ni dan baru kali ni berkesempatan mencuba.. Cantik warnanya kan? Saje nak try buat warna pelangi memandangkan stok reben menimbun-nimbun gara-gara tempahan yang terdahulu.. Apepun ada hikmahnya kan...


 Yang ni pula tak taulah i nak bagi nama apa. Tengok sekali imbas macam bunga cengkih pun ada kan? hehehe... Tapi bunga ni terhasil daripada 2 teknik lipatan bunga kanzashi. Sori to say la kalau warnanya tak berapa ngam sebab i memang tak pandai nak mix and matchkan warna..


Okey..yang ni pun dah lama nak try buat. Tapi macam tak yakin nak teruskan bentuk designnya.. Pada mulanya nak buat design lain, tapi tiba-tiba adik perempuan bongsu saya saya bagi support untuk cuba improvekan balik design yang ni,barulah saya dapat ilham untuk buat semula. Nampak cute lak bila da siap banyak-banyak gini.. (sori gambar yang bawah agak kabur sebab anak dok kacau nak ambil gambar)

Semua brooch-brooch ni bukan tempahan kerana buat masa sekarang saya dah tutup semua order. Ni semua adalah untuk dijual. First time buat khas untuk dijual offline..tak taulah macamana sambutannya nanti...

Ok..sekian dulu untuk kali ni...bye-bye..

Guestbook untuk Orang Baru

Bismillah dan alhamdulillah...

Bertemu sekali lagi untuk bulan April. Kali ni nk bercerita tentang tempahan yang diterima dari Kota Bharu, Kelantan..  Customer saya ni sedang dalam pantang waktu ni, tp guestbook yang ditempahnya dah lama, lebih kurang sebulan yang lepas. Manakala majlisnya hanya akan dilangsungkan pada awal bulan Mei akan datang.. Katanya dia teringin nak buat 1 guestbook memandangkan tidak berkesempatan nak buat masa kawin dulu..hehe..

Pada yang tengok buku ni mesti fikir.. "Baby kembar ke..?" Sebenarnya saya pun tertipu gak..hehe.. Majlis ni untuk anak yang baru lahir dan dibuat sekali dengan anak sulung lelakinya.. Sebab tu ada dua nama di situ ye...
Atas permintaan beliau, hiasan untuk cover saya gunakan hiasan quilling.. 

Warna tema yang sangat sweet...sesuai dengan baby-baby yang diraikan..


Pandangan penuh@hadapan guestbook untuk baby..! Harap berpuas hati dengan hasil kerja saya ye..

So, bagi sesiapa yang berhajat untuk mengabadikan kedatangan tetamu pada majlis yang penuh barakah seperti ini, jangan malu-malu untuk hubungi saya di fanpage fb Alin Craft Lover k...