Produk

Produk

Rabu, 30 April 2014

Try Test Market Lak..

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Alhamdulillah, sebagai penutup bulan April bertemu lagi untuk entri ketiga. Kali ni tak nak banyak mengomel tapi nak tayang sikit antara barang-barang yang saya nak try jual secara offline pada kira-kira pertengahan bulan Mei nanti.

 

Wishing Pillow
Saiz A4 - Sebiji RM30

Sempat siapkan 2 biji bantal ni je.. 2 biji lagi tak sempat gak nak siapkan. Terpaksa buat persiapan yang lain dulu.



Frame Berhias untuk gambar saiz 3R
Sebuah RM10 sahaja. Pilihan warna-pink,yellow,black.

Frame-frame ini untuk gambar bersaiz 3R. Kuantiti dan pilihan warna terhad. Frame ini dihiaskan dengan bunga-bungaan quilling yang comel. 

Selain 2 produk ni, saya turut mencuba menjual 3 jenis brooch. Brooch-brooch ni ada saya ceritakan pada entri yang lepas.

Sebenarnya semua ni saya nak jual pada hari saya akan buat kelas kraf dengan pelajar-pelajar UM pada bulan Mei nanti. InsyaAllah nanti saya akan post kan entri tentang kelas yang bakal dilangsungkan tu. Untuk kali ni sampai di sini dulu sebab nak kejarkan barisan tempahan yang banyak menunggu. Adioss... Bye..

Tiada ulasan: