Produk

Produk

Selasa, 16 September 2014

Tempahan-tempahan Brooch

Bismillah

Entri kali ni takde nak cite tentang handmade terbaru, just nak cite tentang brooch-brooch reben yang dah saya buat untuk beberapa customer saya.

Ada beberapa design baru yang dah saya buat demi memenuhi permintaan customer. Tapi kebanyakan design-design yang saya buatkan tu tak banyak dan hanya sekadar sebagai test market untuk customer.


Yang ni tempahan dari adik ipar saya untuk anak-anak muridnya yang akan pergi bertanding. Untuk dirinya sendiri saya buatkan beberapa design baru dan untuk anak muridnya dia minta saya buatkn brooch pelangi.


Tempahan yang ini pula adalah untuk ibu saya yang katanya untuk dijual kepada kawan-kawannya. Ada yang saya buatkan sama dengan customer yang sebelum ni, selebihnya adalah percubaan-percubaan baru.

So, setakat ni inilah antara tempahan-tempahan brooch yang dah diterima selepas hari raya yang lepas. Kalau ada yang berminat menempah untuk korsaj, bunga dada rewang atau sebagai hadiah kepada tetamu yang datang di majlis perkahwinan, bolehlah hubungi saya di fb atau no yang tertera di atas tu k..

Terima kasih..

Isnin, 15 September 2014

Membantal lagi

Bismillah

Rasanya macam dah lama sangat tak membantal, kali ni tempahan bantal saya terima dari kawan sekolej saya dulu untuk anak tunggalnya. Design yang simple, tapi macam biasa, part paling mencabar bila orang request nak kartun Upin Ipin..sebolehnya saya cuba untuk buat sesama yang mungkin, tapi nmpaknya dapat hasilkan yang macam ni je. Nasib baik diterima..hehe..


Bantal ni bersaiz 15x15 inci, menggunakan material gabungan flanel dan felt keseluruhannya. Jangkamasa untuk hasilkan sebuah bantal sebesar ni sebenarnya kurang dari seminggu, tapi memandangkan sekarang da ambil job jadi baby sitter, masa yang ada agak terhad. Eh, termasuk cite lain plak..



Ok, yang seterusnya adalah sarung bantal untuk majlis bertunang. Macam yang terdahulu, customer saya memilih design yang sama untuk sarung bantalnya..

Kali kedua percubaan hasilkan kartun comel ni agak menjadi, saya sendiri agak berpuas hati sebab boleh dikatakan hampir 80% sama dengan yang asal. Cuma kalau selalu saya gunakan flanel untuk body bantal, kali ni saya gunakan felt sepenuhnya kerana permintaan customer yang nakkan warna bantal yang agak terang dari yang selalu saya gunakan. Malangnya stok flanel di kebanyakan tempat sudah habis maka terpaksalah saya gunakan kain felt untuk bodynya.. harap pelanggan saya berpuas hati..


Oklah, cukuplah dulu untuk bulan ini. Ada rezeki kita jumpa lagi di bulan hadapan k.. Assalam..

Set Batu Seremban

Bismillah..

Ok..untuk kali ni, nak citer tentang sesuatu yang belum pernah saya buat iaitu set batu seremban.. Set ni ditempah oleh kawan lama saya untuk sekolah tempat dia mengajar. Dia menempah 5 set batu seremban.


Set batu seremban ini mengandungi 1 beg uncang dan 5 buah batu seremban. Buah seremban ini dibuat daripada kain felt dan diisi dengan biji kacang hijau. Serius rindu zaman kanak-kanak bila buat benda ni, memang sangat nostalgia sebab dulu agak campion kalau main dengan adik-adik dan bespren..


Ada yang berminat untuk tempah seperti kawan saya ni? jangan malu jangan segan untuk contact k.. Adioss..

Tempahan Applique

Assalaamu'alaikum..

Fuhh..diam tak diam dah 2 bln tak update entri. Dek kerana busy yang terlampau sejak bulan puasa aritu, terbawa-bawa sehingga raya dan selepas raya. Maaf sangat-sangat pada yang tertunggu-tunggu entri terbaru dari saya.

Oklah, kali ni tak nak cite banyak, nak cite sikit2 je tentang tempahan-tempahan yg diterima sebelum bulan puasa aritu..


Applique Upin Ipin

Applique Nama


Menurut si penempah, applique-applique ini hendak diletakkan pada baju melayu raya anaknya. Diharapkan tuan punya tempahan ni puas hati dengan hasil handmade saya yang tak seberapa ni.. Dan, untuk yang berminat nak tempah macam ni, boleh juga diletakkan pada kopiah, beg anak-anak dan macam-macam lagi mengikut kreativiti masing-masing. Kalau ada yang minat tapi tak mahir dalam membuat applique yg macam ni boleh la tempah kat sy k..  Bye... >_<