Produk

Produk

Isnin, 15 September 2014

Set Batu Seremban

Bismillah..

Ok..untuk kali ni, nak citer tentang sesuatu yang belum pernah saya buat iaitu set batu seremban.. Set ni ditempah oleh kawan lama saya untuk sekolah tempat dia mengajar. Dia menempah 5 set batu seremban.


Set batu seremban ini mengandungi 1 beg uncang dan 5 buah batu seremban. Buah seremban ini dibuat daripada kain felt dan diisi dengan biji kacang hijau. Serius rindu zaman kanak-kanak bila buat benda ni, memang sangat nostalgia sebab dulu agak campion kalau main dengan adik-adik dan bespren..


Ada yang berminat untuk tempah seperti kawan saya ni? jangan malu jangan segan untuk contact k.. Adioss..

Tiada ulasan: