Produk

Produk

Isnin, 28 Disember 2015

Bantal Bergambar Pula..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah..

Untuk terakhir kalinya pertemuan kita dipenghujung tahun 2015 ni, saya nak belanja satu entri tentang produk baru saya. Actually produk ni dah banyak orang buat, cuma saya je yang baru nak try.

Bantal ni bersaiz a4. Untuk kali ni saya buat sebagai present kepada best friend anak bujang saya. Kalau org biasa buat kata-kata@nama dalam bentuk printed skali. Saya pula lebih suke gunakan kain-kain felt sebagai hiasan huruf sebab warnanya yang memang cantik..

Ini pula percubaan kedua. Tapi yang ni versi sendiri punya..hehehe..

Ok.....yang ni pula tempahan dari customer saya untuk kawannya. 
Amacam...ok tak? 😁

So, sampai di sini sajalah dulu untuk tahun 2015. Sampai bertemu lagi di tahun 2016 nanti. Semoga apa yang kita impikan untuk tahun 2015 sudah terlaksana, manakala untuk 2016 nanti diharapkan ada peluang yang lebih cerah menanti kita.

Assalaamua'laikum wbt.. 😘


Jumaat, 18 Disember 2015

Signage untuk Raja Sehari

Bismillaahirrahmaanirrahim,

Assalaamu'alaikum wbt semua.. ^_^

Alhamdulillah..kita masih berkesempatan untuk berkongsi idea kraf.
Entri kali ni nak cite tentang papan tanda@signage. Kali ni tempahan signage ni dibuat untuk dihadiahkan kepada bakal pengantin. See..sape kata signage tak leh buat hadiah.. nk hadiah untuk cikgu sempena hari guru pun boleh tau.. (hehe..sempat promo lak..)

Macam biasa, untuk hiasan signage saya suka guna hiasan quilling. Memang nampak leceh, tapi saya suke hasilnya. Cun sangat!
Walaupun dah 3tahun buat kraf ni, saya masih lagi gunakan alatan diy sndiri. Bukan tak mampu ea...tapi, klau dengan alat biasa pun kita masih boleh dapatkan hasil terbaik, kenapa perlu kita bazirkan duit....kan? Bukan kedekut tau....tapi berjimat... ~_<

Nampak tak hasilnya tu...still look gojes kan? Ececeh....masuk lif tekan sendiri lak.. Sebab tu walaupun rumit, saya tetap suke kraf quilling..

Tadaa...inilah pandangan penuh signage setelah siap. My dear customer request nak ada extention(betul tak i eja? Hehe..). So saya gunakan ring di situ untuk jadikan dia saling berkait..

Ok...untuk next entri nak cite tentang tempahan pukal yang diterima. So...check it out..! 😉
As salam....


Isnin, 30 November 2015

Mainan 'Lejen' Nii... ☺

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalaamu'alaikum wbt,

Alhamdulillaahh....sedar tak sedar dah penghujung November dah. Bulan ni kelam kabut btul nak update blog, super busy sgt walaupun cuma ada 3 order.

Ni lah dia permainan lejen tu.. Permainan batu seremban.

Dulu dah pernah buat dah set ni, waktu tu member sekolah tempah untuk sekolah tempat dia mengajar. Memang dah lama tak buat set ni. Set beserta beg uncang corak warna warni ni sebenarnya untuk tujuan promo je. Bukan untuk dijual ye.. hehe..

Ok...inilah hasil dari promo tadi...saya dapat tempahan untuk 2 set batu seremban oleh customer saya untuk anak-anaknya. Kain boleh pilih ye..



Lepas siap 2 tempahan ni, ada berlaku satu kenangan manis. Saya dilamar oleh 1 stesen tv ni untuk buat slot diy buat batu seremban. Tapi sayangnya saya terpaksa tolak sebab tempahan sedia ada waktu tu masih banyak perlu disettlekan. Huhuu...

Harap-harap lepas ni ada peluang lagi untuk 'masuk' tv.. 😁

Ok..sampai sini dulu untuk entri bulan ni. Jumpa lagi untuk bulan Disember nanti k.
Adioss...

Rabu, 18 November 2015

Bantal oh bantal..

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalaamu'alaikum wbt semua..

Alhamdulillah..bertemu lagi untuk bulan baru, bulan November. Walaupun dah melewati pertengahan bulan, saya akan cuba meng'update' blog kesayangan saya ni.

Oklah, untuk kali ni tak nak bebel panjang. Cuma nak cite pasal order kali ni je.


Rasanya lama juga tak membantal, tiba-tiba dapat order untuk set budget. Saya belum pernah buat bantal peluk edisi segiempat tepat, tapi kali ni customer request so saya follow je. 

Ramai kata gabungan warnanya cantik, oklah tu kan.. customer pun suke..hehee..

Oklah, itu je untuk kali ni. Tak larat dah mata ni, banyak malam dah stay up gara-gara menyiapkn order. Untuk next entri nanti ada yang best nak story. Bye-bye.....

As salam...

Sabtu, 31 Oktober 2015

Demam Busy Book..!

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Alhamdulillah, dalam busy-busy masih dapat menyempatkan diri untuk update entri ke dua untuk bulan ni. Sebut pasal busy, ni nak story sikit pasal topik kali ni. Sekarang ni boleh dikatakan demam busy book dah mula menular. Semua orang ingin nak buat, tinggal rajin dan ada masa atau tak je.

Saya sendiri sebenarnya dah try buat sendiri untuk anak-anak. Kira-kira sebelum raya Aidilfitri yang lepas. Disebabkan salah timing, trpksalah kejar masa sikit sebab masa tu baju-baju raya memang belum berjahit langsung..

Ade yang tak tau ke apa itu busy book? Ada juga yang sebut quiet book, sebabnya buku ni banyak melatih skill anak-anak sebelum menempuh alam persekolahan.

Cover depan yang simple-simple je gitu..

Lembaran ni melatih anak-anak berfikir secara logik dan rasional tentang alatan mandian dan kegunaannya

Yang ni pula melatih anak-anak belajar berdikari tentang bagaimana mempersiapkan diri selepas mandi

Yang gambar makanan dan almari makanan tu pun melatih anak-anak berfikir tentang menu yang sesuai disediakan mengikut waktu-waktu makan.
Gambar yang bawahnya tu pula mengajar anak-anak berlatih kemahiran motor, menggunakan jari untuk menggunakan penyepit

Imej yang atas tu melatih anak-anak berfikir secara kreatif bagaiman hendak menghasilkan kek@aiskrim.. secara tak langsung boleh memupuk minat mereka dalam bidang masakan


Lampiran yang ni lebih kurang mainan puzzle, anak-anak perlu mencari bentuk yang sesuai untuk dipadankan dengan tapak warna yang disediakan.

Dua-dua gambar diatas ni pun melatih anak-anam membina hobi baru seperti berkebun dan memelihara ikan dalam akuarium.
Untuk gambar yang atas, anak-anak dapat belajar memasang butang yang betul dan yang dibawah membina kreativiti anak-anak dalam menyusun atur hiasan dalaman sesebuah akuarium.


Dua gambar yang atas ni pun adalah untuk memupuk anak-anak berjinak-jinak dalam hobi baru yang lain.

Salah satu idea yang di inspirasikan dari game yang pernah glamer satu msa dulu

Yang ni pula adalah untuk memahirkan anak-anak dengan subjek matematik dan susur atur nmbor dalam sebuah jam

Sebenarnya ada bayak lagi idea2 yang boleh dipinjam dr google. Sape-sape yang agak-agaknye ada masa dan bahan untuk membuat sendiri buku ni, boleh try google n cuba dapatkn contoh di sana ye.

Oklah, mata dah ngantuk sangat ni. Esok ada projek lain nak buat. Terima kasihlh sudi baca apa yang saya dah bebelkan tadi. Sampai jumpa lagi.. as salam...

Rabu, 28 Oktober 2015

Suka Suki Kraf

Bismillaah..

Assalaamu'alaikum semua follower
(Berangan macam ramai peminat lak..hehehe..)

Ok...actually entri kali ni umpama selingan je coz untuk kali ni apa yang akan di'share'kan bukanlah tempahan dari customer tapi lebih sekadar terapi untuk diri saya menghilangkan rasa bosan..

Beg yang atas ni namanya ang pow purse. Saya testing je ni buat untuk diri sendiri. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Beg yang ni pula permintaan adik perempuan saya yang 'psiko'. Hahaha...takdelh, gurau je tu. Dia panggil beg ni beg parang. Konon tujuannya untuk takutkan mat2 ragut. kononnye laa..

Ok, bantal emoji ni pula permintaan adik lelaki bongsu saya. Sementara stok kain masih ada, saya ikutkan jelh permintaan dia. Bukan selalu buatkan pun.. hehe..

Ok...yang ni pula gara-gara memandai-mandai beli kain tak tanya-tanya customer dulu. Tapi hikmahnya, saya dapat buat bantal leher untuk saya sekeluarga. Dah tak mau lagi dengar orang sebelah komplen tido macam anak burung minta makan. Huhuhu....malunye aii...

Ok....sampai sinilah dulu untuk bulan Oktober. Untuk entri seterusnya nanti saya insya Allah kite jumpa dalam hujung bulan ye sebab tiba-tiba dapat order bertalu-talu.

Sampai jumpa lagi....as salam..

Rabu, 30 September 2015

Set Tilam Bayi Lagi.. ^_^

Bismillah..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah.. sebelum masuk bulan baru, nak belanja satu lagi entri dengan topik yang sama dengan yang sebelum ni. Kali ni cik puan customer ni tempah untuk baby sulungnya yang akan dihantar ke nursery untuk pertama kalinya..

Inilah dia set tilam baby tu.. Untuk bantal tu customer sendiri pilih untuk kombinasi 2 bantal kepala tanpa bantal peluk. Set kali ni takde sarung, semua hiasan adalah pada sarung tilam dan bantal.

Tema set tilam bantal kali ni ialah cik lebah. Huruf-huruf pada tilam tu saiznya lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa. Bukan sulam tau. Semuanya guna tulang 4 kerat ni tau... hehehe..

Haa...inilah kombinasi bantal yang dipilih. Dua-dua saya designkan hiasan yang serupa supaya tak lari temanya dengan tilam tu..

Disebabkan terlebih rajin, kali ni saya designkan tilam ni kepada bentuk yang lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Cik puan customer saya ni pun terkejut bila trima tempahan tilam ni dalam bntuk 2 dalam 1. Alhamdulillah, customer puas hati saya pun tumpang seronok..

Model tak berbayar sedang menggayakan set tilam baby yang telah diubahsuai menjadi beg travel..hehe..

Oklah, untuk entri seterusnya kita jumpa dalam pertengahan bulan oktober nanti k. Wassalam..bye2..

Rabu, 23 September 2015

Set Tilam Bayi Upin Ipin

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalaamu'alaikum wbt

Terlewat pula update entri untuk bulan ni. Awal bulan lepas ada beberapa tempahan yang perlu disiapkan. Terpaksalah bagi fokus pada tempahan dulu.

Lama tak cerita pasal bantal kan? Kali ni nak cerita pasal tempahan set tilam baby yang saya sendri pun rasa puas dapat siapkannya..

Ini set bantal dan bantal peluk untuk tema upin ipin warna hijau. Customer saya tempah bantal dan sarung bantal. 

Ini pula set bantal n bantal peluk tema upin ipin dalam warna merah biru. Sama macam yang diatas..customer saya ni tempah bantal n sarung bantal.

Kalau ada yg berminat, saya juga ada buat set bantal baby versi budget..cuma rm50 untuk bantal saiz 14x10inci dan 1 bantal peluk. Klau ada yang nak tempah sarung sahaja pun boleh..
  
Inilah dia sarung tilam yang ditempah. Satu set temanya dengan set bantal upin ipin yang hijau tu. Tilam ni double saiz dari saiz yang biasa tu. Applique Upin Ipin pada tilam tu pun bersaiz A4. Sangat mencabar bila nak menjahit tangan pada kain bersaiz besar..hehe..


Teruja sangat bila dapat tau yang anak customer saya ni suke sangat dengan sarung tilam dan bantal-bantal barunya. Untuk entri seterusnya nanti saya akan up topik yang sama. Bezanya saya ada buat upgrade sikit pada tilam tu. So, tungguuuu......



Ahad, 30 Ogos 2015

Keychain dan Pencil Case

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

As salaamu'alaikum wbt semua..😁

Alhamdulillah..waktu ni saya agak free nak share hasil kraf saya lagi. Actually topik kali ni tak jauh beza dgn entri yang lepas. Masih lg dalam mood hari guru. Tapi kali ni tempahan ank2 murid sndri dan dari staf sekolah sendiri..

Ok...ni semua tempahan daripada kawan-kawan anak dara saya. Asalnya buatkan untuk dia sndri, tapi ramai pulak yang berkenan.. Malas sebenarnya nak layankan karenah budak-budak ni. Lepas sorang sorang, tak habis-habis keje sudahnya. Layankan jelah..

Ok..yang ni pula tempahan dari kerani sekolah yang akan berpindah tempat kerja. So, beg-beg ni nak dijadikan cenderahati untuk cikgu-cikgu yang berkenaan. 

Maknanya, nak tempah beg-beg ni bukanlah kena tunggu hari guru je. Nak tempah untuk orang lain atau diri sendiri je pun boleh.. hehehe..

Oklah, untuk bulan hadapan saya akan share kan hasil kraf saya yang lain pula. Kali ni lain sikit temanya.. nantikannya k... terima kasih..
As salam..


Ahad, 16 Ogos 2015

Hadiah Hari Guru

Bismillah..
As salaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah..sempat juga akhirnya mengupdate blog hari ni. Sementara ada masa free sikit ni, meh kite share-share cite kraf.

Hari guru tahun ni bermulalah hari guru paling busy dr tahun-tahun yang lepas. Asalnya saya cuma buatkan untuk anak-anak. Tiba-tiba dapat order pula.

Bekas-bekas pensel ni asalnya saya buatkan untuk anak dara saya. Lepas terima tempahan, saya buat lagi beberapa warna. Klau tengok warna-warna dia memang cantik kan...

Ini pula fridge magnet untuk cikgu anak-anak. Kelam kabut juga nak menyiapkan, maklumlah..dalam sibuk-sibuk siapkan hadiah anak, tempahan orang pun kena siapkan juga..

 Yang bawah ni pula ala-ala set. Puan ni tempah untuk cikgu-cikgu tadika anaknya,nasib baik cuma 3 orang. Letih juga nak siapkan, sampai sakit-sakit pinggang.



 Rasanya tahun depan mesti lagi busy sebab tahun depan dah 3orang ank yg sekolah. Kalau ada yang nak tempah macam ni boleh la whatsapp terus ke nombor 0183985008 k. Bye...

Jumaat, 31 Julai 2015

Si Belang sana sini.

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kedua untuk hari ni temanya belang-belang..😄

Perasan tak bantal owl tadi saya guna kain cotton belang-belang?
Haa..disebabkan stok kain belang masih banyak dalam simpanan, saya pun gunalah untuk siapkan order-order customer saya yang seterusnya. Alhamdulillah sangat sebab customer2 saya semua sporting dan open minded..

Bantal yang ni tempahan dari sorang cikgu. Dia tempah saing-saing dengan yang brooch hari tu. Bantal ni dapat perhatian ramai orang yang katanya muka kartun yang saya buat tu nampak comel! Ahahaa..kebetulan je tu sebab bukan selalu pun dapat jadi secomel tu..

Yang ni pula tempahan dari customer yang sama order bantal owlie untuk anaknya dalam entri yang sebelum ni. Tapi yang ni untuk husbandnya.. 😊

Yang ni pula of coz untuk dirinya sendiri.. Nampak tak, kartun kali ni biasa2 je..kan? Sebab tangan ni bukan komputer yang boleh lukis secomel komputer tu ye..

Inilah dia 1 set tempahan dari ayah, ibu dan anak yang saya gunakan tema belang2..

Tempahan yang ni pula antara yang terbaru saya trima sebelum raya hari tu. Walaupun kedai saya tutup, saya masih lagi menyiapkan beberapa order yang datang pada masa tu..

Kain belang-belang ni memang menjadi kegilaan untuk saya pada waktu tu. Pantang tengok kain belang rasa macam nak grab je. Tapi prinsip saya takkan beli benda yang tak perlu. Selagi belum perlu, biasanya saya akan kuburkan je harapan nak beli kain2 tu.. Zaman sekarang ni semua benda naik harga, jadi kenalah pndai berjimat cermat k..

Bye-bye..

Musim Owlie

Bismillah..
Assalamu'alaikum wbt

Mohon maaf sangat-sangat pada yang biasa follow blog ni. Akhir-akhir ni memang agak bz nak update blog. Oleh kerana hari ni dah hujung bulan Julai, saya akan cuba update blog semampu yang boleh k..

Ok..kalau dilihat pada tajuk semua mesti sedia maklum topik kali ni adalah tentang bantal burung hantu (owl). Semuanya bermula bila saya buatkn bantal birthday untuk adik bujang saya. Tiba-tiba lepas tu ada yang bertanya dan minta buatkn bantal owl. Cuma berbeza designnya sebab saya janji pada dia saya nak designkan yang lebih comel.. hehe..

Yang ni untuk anak-anak buah lelakinya..tema biru. Gabungan kain cotton untuk 'body' bantal dan kain felt untuk bahagian-bahagian muka dan tulisan. 

Yang ini pula untuk anak-anak buah gugirlnya..tema pink. Material yang digunakan masih sama. Saiz semua owlies ni ialah lebih kurang 2kali saiz a4.

Geram sangat bila tengok bantal-bantal ni dah siap. Rasa macam tak jadi nak jual je. Hehehe..


Ok..bantal ni bukan dari customer yang sama, tapi dari kawan lama untuk anaknya. Dia berkenan dengan design yang atas tu, so dia minta nak design yang sama. 

Sekurang-kurangnya merasa gak nak buat bantal bentul burung hantu ni. Sape2 yang teringin nak tempah macam ni bleh trus wasap nmbor saya k..

Wassalam..