Produk

Produk

Rabu, 30 November 2016

Tempahan pelbagai beg

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalaamu'alaikum wbt

Kali ni saya nak tunjukkan beberapa tempahan customer yang dah tempah beberapa beg yang pelbagai jenis dengan saya.


Beg yang ditempah oleh customer ni ialah 2 beg cerut, 1 bekas pensel, 1 boxy bag, dan 3coinpurse mini.

Yang ni pula, 1 boxy bag, 1 bekas pensel boxy, 2 simple pencilcase, dan 2 coinpurse.

Beg-beg ni pula tempahan dari customer yang sama dengan gambar di atas tu. Kali ni dia menempah 9 boxy bag dan 3 beg telekung.

Tak sangka banyak pula dapat tempahan beg daripada bantal macam dulu. Nampaknya tahun depan kena tukar strategi ni.. hihihi..

Baiklah, kita jumpa untuk entri seterusnya di bulan hadapan nanti ye..
Assalaamu'alaikum..



Demam drawstring!

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah.. sempat juga menyelit 1-2 entri di hujung-hujung bulan November.
Akhir-akhir ni banyak pula permintaan untuk beg cerut aka drawstring bag ni. Sampai terlupa yang dulu diri ni bukanlah pembuat beg tegar. 😁😁

Beg yang ni saiznya a4.. sesuai untuk anak-anak umur 3 hingga 6tahun.

Beg yang ni pula bersaiz a3 (sebesar kertas lukisan). Sesuai untuk anak-anak umur 7thun dan ke atas.

Beg ni khas untuk anak-anak saya untuk di bawa ke sekolah. Maklumlah, di hujung-hujung sesi persekolahan haritu kan dah tak banyak buku yang nak di bawa..

Dan yang ni pula special edition untuk suami tersayang. Saiznya takde spesifikasi, sebab guna kain uniform terpakai, guna mana yang dapat je..

Sebenarnya ada lagi yang tempah beg drawstring ni. Tapi kita cerita kat entri seterusnya nanti ye. Jumpa lagi..

Assalaamu'alaikum..



Khamis, 27 Oktober 2016

Lagi Boxy Bag

Bismillaah..

Alhamdulillah..
Untuk entri kedua bulan Oktober, kita cerita tentang boxy bag pula.
Beg boxy ni kalau buka je order, ramai pula yang nak tempah.

 
4 boxy bag ni tempahan yang saing dengan drawstring bag dalam entri sebelum ni. Untuk anak-anak buahnya dan untuk guna sendiri.

Beg-beg ni pula untuk customer saya yang katanya nak isikan telekung jualannya. Insya Allah lepas ni banyaklah order dari sis ni. In sya Allah.. 

Beg yang ni pula tempahan dari adik sepupu saya, surprise untuk isteri dan anaknya yang jauh di mata.. hehehe..

Memang seronok dapat buat orang hepi ni kan..
Harap-harap tahun depan masih diberi peluang untuk buat orang hepi dengan hasil kerja kita.

Jumpa lagi untuk entri bulan depan.....bye..

Drawstring bag!

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah..
Dah hujung-hujung bulan baru dapat masa nak update blog. Hehehe..
Entri kali ni nak cerita produk baru.. 😁

Comel tak saya...? 😄

Beg ni asalnya permintaan dari seorang sahabat lama. Tak sangka pula dia berkenan dengan design ni. Yang lebih tak sangka, ramai pula customer yang lain yang minat dengan beg ni juga..






5 buah beg ni pun tempahan dari sahabat lama untuk dihadiahkan kepada anak-anak buahnya. Beg untuk edisi terawal ni semuanya saya gunakan sikit material jeans. Untuk yang seterusnya takde guna jeans dah ye..

Untuk next entri kita cerita pasal bag lain pula ye.. bye2..



Khamis, 22 September 2016

Jemputan Demo di TV!

Alhamdulillaah..

Sambungan dari entri yang sebelum ni, dek kerana fenomena coinpurse, tiba-tiba saya dijemput untuk membuat demo di sebuah stesen tv swasta al-Hijah,
dalam rancangan 'Assalamualaikum' segmen DIY.


Memang moment yang paling best rasanya sejak bergelar crafter. Ini kali kedua saya dijemput, cuma bezanya kali ni saya terima tawaran ini kerana barang-barang untuk hiasan set dah sedia ada. Taklah kelam kabut nak sediakan semuanya dalam masa yang singkat.

Seronok dapat berganding bersama pengacara yang cantik manis Farrah Adeeba. Seronok lagi sebab dapat share ilmu untuk buat beg-beg saya ni.. ☺

Siapa yang tak seronok kan tengok orang yg rapat dengan kita masuk tv. Anak-anak, adik-beradik, kluarga, kawan-kawan semua tumpang gembira. Mudah-mudahan untuk tahun depan ada rezeki lain pula menunggu. Aamiinn...


Fenomena Dompet Syiling

Alhamdulillaah..

Ceritanya bermula bila satu hari saya terfikir kenapalah saya tak buatkan coinpurse untuk anak-anak saya sedangkan mereka simpan duit merata-rata tempat.
Inilah purse try 'n' error yang saya buatkan utk anak-anak. Tanpa disangka-sangka kawan-kawan anak saya berkenan nak beli juga..

Ini customer pertama anak saya. Tempahan ni ambil masa yang lama walaupun cuma satu sebab saya cuba designkan sebaik mungkin untuk customer cilik saya.

Siap, satu beg, menyusul pula tempahsn yang lain... siap request nak kain apa gitu. Alahai nak...terpaksalah ikutkan jelah..

Kemudian, rupanya dalam ramai-ramai kawan di fb tu ada yang berkenan nak tempah untuk anaknya. Takpelah, saya turutkan. Lagipun bukan orang lain. Kawan sekolah menengah saya dulu juga..

Nampak tak betapa fenomenanya kisah disebalik coinpurse ni?
Haa...kisah dlm entri saya seterusnya lagi best. Tunggu tau..

Bantal Untuk Pengantin

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah..

Dalam sibuk-sibuk ni sempat juga akhirnya update blog ni. Banyak sangat dah berhutang entri kat follower semua.
Oklah, tak payah banyak membebel. Kali ni nak cerita tentang tempahan bantal pengantin yg ditempah oleh kawan sepermainan masa kecil dulu..


Kalau tengok pada tarikh, pengantin ni baru je kawin 17 September yang lepas. Tahniah kami ucapkan.

Bantal ni sama designnya dengan satu bantal yang pernah saya buat dulu. Cuma tukar warna dan sikit perkataannya saja.

Oklah, untuk next entri ada satu fenomena yang bakal saya ceritakan. Tungguuuu.....! 😉


Khamis, 1 September 2016

Boxy Bag Lagi..

Assalaamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah..sekejap je kita dah masuk bulan September.
Akhirnya terlewat juga nak update entri kedua untuk bulan Ogos. Takpelah, sekarang juga kita update entri baru ye..

                                  
Ok... ini gambar waktu dalam fasa 1, nak masuk fasa ke 2. Lepas ni nak letak nama pula.

Selesai sudah.. Beg-beg ni ditempah oleh abang kita ni untuk isteri dan anak-anak yang tersayang. Sweet kan..😉

Beg boxy ni memang banyak permintaanya. Ni kira batch ke2. Nanti muncul batch 3 pulak. Tunggu ye..

Bye..
Wassalam..


Selasa, 30 Ogos 2016

Tanda Pintu Versi Baru

Assalaamu'alaikum wbt

Bismillah..
Alhamdulillah..

Tinggal berapa hari je lagi nak masuk bulan September. Esok pun kita akan sambut Merdeka ke 59.

Sebelum Ogos melabuhkan tirainya, nak update dulu blog ni dengan entri untuk bulan Ogos. Eh, rasanya macam ada berhutang satu entri untuk bulan Julai. Nanti kita bayar hutang tu ye..hehehe..


Ni gambar masa dalam proses. Actually they'oll order sebelum raya hari tu. Tapi sebab nak raya haritu busy siapkan baju raya, so terpaksalah tunda segala tempahan. Mujur customer saya semuanya sporting.


Ok...yang ni tempahan dari isteri kawan sekerja husband. Kira member juga la..
Kalau sebelum ni buat signage pakai papan, kali ni kita guna material felt pula. Ok juga kan? 😊


Signage yang ni pula dari adik ipar saya.. ngam pula warnanya. Risau tak comey je, saya ni bukanlah pandai sangat nak matching-matchingkan colour. Hehe..

Selesai tempahan yang ni, ada satu lagi tempahan tertunda yang disiapkan. Kita jumpa kat next entri k..

Wassalam..

Sabtu, 30 Julai 2016

Membatu seremban la kita..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah..

Sebelum intenet ku tamat tempoh, sempat juga akhirnya update blog untuk satu lagi entri.

Kali ni nak cerita tentang satu tempahan dari cikgu sekolah untuk kelab permainan di sekolahnya..
Cikgu ni tempah 20 uncang dengan 6 anak batu seremban dalam setiap uncang.
Bayangkanlah, beratus juga nak siapkan batu serembannya tu. Seram juga sebenarnya time siapkan order dari cikgu ni, sebab semua update progress saya takde balasan langsung dari dia. Alhamdulillah, naik je cuti sekolah sebelum puasa hari tu poslah akhirnya semua set batu seremban tu kepada cikgu tu.

Haa..nilah rupanya si uncang bersama batu-batu seremban..


Harap-harap cikgu tu berpuas hatilah dengan hasil kerja saya. Moga-moga sedikit sebanyak diorang tu dapat 'berbakti' pada ank-anak murid dan sekaligus cikgu-cikgunya

Ok..masa untuk tidur.. Esok nak gi jemputan hari raya rumah kawan. Tido lambat sangat kang mata jadi mata zombie..

Jumpa lagi bulan depan, as salam..

Rabu, 20 Julai 2016

Multipurpose Boxy Bag

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalaamu'alaikum wbt

Alahai..tak sempat pula nak update entri kedua bulan lepas. Kalau sempat saya update di bulan ni nanti saya update sekali.

Untuk entri kali ni saya sambung cerita tentang hadiah hari guru. Item yang ni tiba-tiba je dapat sambutan hangat walaupun hari guru waktu tu dah semakin hampir..


Tiga yang atas ni batch pertama. Tak sangka lepas up gambar tu ramai pula yang nak macam tu juga.


Ok... yang ni pula batch kedua. Sepatutnya banyak lagi, tapi terpaksa ditolak sebab nak jahit baju raya pula. Mujur juga sempat siapkan baju-baju tu..

Sempat snap gambar batch kedua sebelum di pos hari tu..
Hehehe..

Oklah, esok-esok saya update entri seterusnya pula ye. Terima kasih sudi membaca k.. 😊
Assalaamu'alaikum wbt.


Rabu, 1 Jun 2016

Hadiah Hari Guru

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah..hari ni kita dah memasuki bulan Jun. Kurang seminggu lagi bulan Ramadahan yang mulia akan menjelma. Ntah kenapa bulan puasa kali ni rasa berdebar pula. Hehehe..

Semalam terlupa pula nak update entri ke3. Oleh kerana tu, hari ni saya akan update 1 entri yang saya berhutang untuk bulan April yang lepas.

Ni tempahan pertama sempena Hari Guru tahun ni. Pncilcase ni memang readystock. Mujur ada yang berminat, jadi saya cuma hiaskan ikutkan permintaan customer..😊

Yang ni pula tempahan dari SIL saya. Ada 3 jenis pencil case yang ditempah. Klau ada yang berminat boleh WA untuk info lbih details ya..

Ini pula fridge magnet. Ini pun ready stock. Customer boleh pilih warna mana yang menjadi pilihan hati.. 😊


Ini ialah penanda buku, 5pcs dalam 1 set. Ada untuk cikgu lelaki dan juga cikgu perempuan. Boleh pilih ye semua...

Ahh...ngantuknye mata lepas makan. Nak lelap mata jap la ye. Tak daya nak angkat kelopak mata dah ni. Bye...


Isnin, 30 Mei 2016

Bantal karekter lagi..

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah,
Ok, kita straight to the point. Rasanya macam dah agak lama tak buat tempahan bantal. Kali ni nak cerita pasal bantal pula..

Yang ni memang tempahan dari customer. Design yang dipilih mengikut design bantal yang pernah saya buat dulu. Mata yang warna merah tu pun adalah seperti yang diminta oleh customer.

Bantal yang ni pula 'tempahan' dari anak sendiri.. Bantal ini dibuat khas untuk kawan baik anak saya. Nak pindah jauh katanya..
Sebagai menghargai 'best friend'nya, saya buatkan bantal ni ikut karekter kegemarannya.

Ok, untuk entri kedua bulan Mei nanti saya tunjukkan beberapa tempahan sempena Hari Guru yang baru sahaja berlalu. Jumpa lagi nanti k.. bye..😉



Eh, ni ape pula ni?

As salamu'alaikum wbt

Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Alhamdulillah..

Sempat lagi menulis di blog kesayanganku di penghujung bln Mei ni.
Bulan Mei memang bulan yang sibuk. Sebab itu saya terpaksa tutup semua tempahan, hinggakan nak update blog pun tak sempat.

Ok..disebabkan bulan lepas saya berhutang 1 entri, so utk bulan ni saya akan up 3 entri termasuk 2 entri untuk bulan Mei.
Untuk entri kali ni nak cerita tentang tempahan dari kawan sekolah saya. Dia jadi cikgu sekarang. Nak tau apa yang dia tempah....?

Tau tak ape tu..
Haa...itulah pom pom..!

Ini first time saya dapat tempahan ni. Guna imaginasi sendiri je macamana cara nak buat dia. Sakit pinggang jugaklah nk siapkan. Nasib baik member puas hati. Gebu rimbun katanya. Alhamdulillah..


Ok...entri kali ni pendek je. Next entri kita cerita pasal karekter pillow pula k..
Bye...As salam..



Jumaat, 15 April 2016

Bantal Tunang dan Kahwin Lagi..

Bismillaahirrahmaanirrahiimm..

Assalaamu'alaikum wbt

Alhamdulillah..dah pertengahan bulan April kita. Sementara ingat ni nak tunai janji dari entri yang sebelum ni.
Ops...sebelum tu, nak ucap terima kasih banyak-banyak pada sorang adik ni yang ada hantar mesej pada saya bertanyakan tentang bantal yang saya kongsikan pada entri yang lepas. Dia berminat dengan hasil kerja saya. Kalau jadi nak tempah nanti boleh whatsapp akak balik ye dik..
Ok, berbalik kepada topik asal, ni kira sambungan entri yg sebelum ni lah ye..

Sebenarnya untuk design yang ni saya dah pernah buat tahun dulu. Tapi kali ni customer request untuk warna tema ungu pula. Ok gakkan? Hehe..

Yang ni pun antara design yang famous dan dah 4 kali saya buat. Tapi setiap kali buat hasilnya mesti lain2..

Design untuk bantal ni pula sebelum ni saya gunakan untuk bantal majlis bertunang. Cuma kali ni ditukar ke tema perkahwinan. Pun not bad kan?

A'ahlah..sedar tak sedar entri kali ni rupanya lebih kepada siri 'ulangkaji' sebab designnya digunapakai semula untuk customer yang seterusnya.
Apapun, terima kasih tak terhingga pada semua customer yang tak putus-putus menyokong saya sepanjang 3tahun lebih ni..

Jumpa lagi untuk entri akan datang ye... Terima kasih semua..