Produk

Produk

Rabu, 10 Disember 2014

Set Bantal Baby

Assalaamu'alaikum

Bismillah dan alhamdulillah..

Bertemu lagi untuk bulan terakhir di tahun 2014 ni. Untuk entri kali ni saya dapat satu lagi pengalaman baru. Sebelum ni memang belum pernah terima tempahan macam ni dan kali ni dapat pula bukan 1 tapi 2..

Mula-mula nak buat tu nyaris-nyaris juga tersilap sebab ingatkan untuk sepasang baby rupanya 2-2 untuk baby lelaki. Kain pun dah beli, tapi gerak hati berkata try check balik details order. Memang nasib baik sangat..



Set Bantal baby yang pertama ni nakkan gambar Stitch, dengan warna temanya biru. Mengandungi 1 bantal kepala dan 2 bantal peluk. Material fabrik yang digunakan ialah gabungan kain cotton printed dan plain biru.


Set Bantal baby yang kedua ni pula nakkan tema bola, dengan warna temanya merah. Mengandungi 1 bantal kepala dan 2 bantal peluk. Material fabrik yang digunakan sama seperti yang di atas iaitu gabungan kain cotton printed dan plain merah.

Mulanya customer request logo manchester. Alamak..rasanya lum cukup keyakinan nak buat logo pasukan bola tu. So sebagai ganti saya buatkan gambar kasut dan bola. Nasib baik my dear customer suke...hihihi..

  


Puas hati rasanya bila dapat penuhi permintaan orang.. Untuk next entry pun satu pengalaman baru juga. InsyaAllah saya akan sharekan dalam 2 minggu lagi.. bye-bye..dan wassalam..

Khamis, 20 November 2014

Ana Muslim dan Spiderman

Bismillah..

Alhamdulillah..untuk entri kedua bulan ni terpaksa saya buat awal memandangkn minggu depan dah cuti sekolah dan nak enjoy seminggu kat kampung..(enjoy la sgt, blk pun sambil-sambil siapkan sebiji bantal)


Ok, trus kepada topik utama..bantal seterusnya bertemakan ana muslim untuk gugurl dan spiderman untuk boboy. Bantal kali ni bersaiz 12" x 12"..



Tema dan warna bantal adalah mengikut permintaan si penempah. Cuma jenis font dan gambar apa yang nak diletakkan sahaja saya decide sendiri.. Sweet kan gabungan warna biru laut dan pink ni..?


Ini kali ketiga en Spiderman ni saya buat. Warna dia memang cantik, tapi part web kat badan tu yang kena sabar lebih..huhu..

Kalau anda-anda semua dapat tengok sendiri,nama pada bantal agak terlindung kan? So, ingin saya inform awal-awal pada sesiapa yang nak letak nama anak pada bantal seeloknya pilih nama yang paling ringkas supaya design yang terhasil akan lebih comey..
Saya tak marah, malah sesiapa yang nak letak nama panjang-panjang saya tak cas lebih pun.. cuma nak bagi bantal adik kakak abang, encik-encik dan puan-puan lebih comey dan kemas je...ok? Peace......! ^_^

Happy School Holiday...!!
psst..kdai kraf saya tak tutup, sentiasa on, kalau nak order ape-ape bleh trus whatsapp je k..

Isnin, 10 November 2014

Frozen dan Ultraman lagi..

Assalaamu'alaikum dan Bismillah..

Alhamdulillah.. Masih lagi berpeluang meneruskan apa yang dah dimulakan. Bertemu lagi untuk bulan November..


Syukur sangat-sangat setakat ni customer-customer saya semuanya sangat memahami. Order kali ni sebenarnya datang dulu sebelum yang Barbie dan Spiderman tu. Tapi nasib theyolls tu kawan2, so tak kisahlah klau saya terpaksa dulukan yang tu dulu..


Kalau tengok Ultraman ni ala tomey-tomey je rupe dia. Sengaja saya guna versi kids sebab kecomelannya tu agak sesuai saya letak pada bantal adik ni.. (sori gambar xclear..terlebih cahaya pulak..)


Bantal tema frozen kali ni saya buatkan gambar Elsa seorang sahaja. Saje nak tengok jadi ke tak muka si Elsa kali ni..hehe..


Dua-dua bantal ni bersaiz 15"x15". Semua design adalah mengikut permintaan customer sendiri. Cuma akhir-akhir ni saya gunakan kain cotton sahaja untuk body bantal. kalau ada yg berminat nak tempah jangan malu-malu untuk pm saya k..

 Jumpa lagi pada entri akan datang sebelum cuti sekolah nanti...Adioss...

Sabtu, 25 Oktober 2014

Musim membantal

Assalam dan Bismillah..

Alhamdulillah.. nampaknye rezeki bulan ni lebih kepada bantal. Seperti yang sy katakan pd entri sebelum ni, kali ni saya ambil tempahan urgent bantal pula. 2 bantal 15inci persegi dan 1 bantal 12inci persegi...perlu siap lebih kurang 4hari sahaja. Fuhh..


Ini adalah bantal untuk sepasang gugurl..tema Barbie. Saiznya 15" x 15".


Nampak sweet-sweet je warna bantal ni kan? Pemilihan gambar dan warna keseluruhannya adalah mengikut permintaan tuan punye bantal sendiri. Cuma font nya sahaja saya yang tentukan sendiri..


Warna tema yang dipilih kali ni agak garang..tapi still cun! Anak daraku pun jadi teringin nak bantal ni katanya..hmm..


Bantal ni bersaiz 12" x 12". Warnanya hampir sama seperti bantal Barbie yang kat atas tu. Setiap kali buat bantal gambar spiderman, part paling mencabar tentu skali part web kat badan dia tu.. Walaupun agak leceh, tapi demi customer ku turutkan jua... (Yg ni anak bujangku pulak da nk bawak kepit sana sini..sian pulak nengoknye... Nk jugak la tu..adehh..)


Ada lagi yang berminat nak tempah bantal macam ni? Jangan segan-segan untuk pm di page mahupun whatsapp untuk respon yang lebih pantas k... Bye..!

Isnin, 6 Oktober 2014

Tempahan Sarung Bantal

Bismillah..

Bertemu lagi untuk ke2 kalinya di bulan Oktober ni.. Bulan ni genaplah Alin Craft Lover berumur 2tahun. Pada 2 tahun yang lalu saya mulakan bidang ni dalam keadaan saya yang masih berpantang.. Alhamdulillah..tak sangka sekejap betul masa tu berlalu..

Oklah, untuk kali ni memang nak cite pasal sarung bantal je..


Firstly tentang sarung bantal ni, sebenarnya saya buatkan untuk baby yang saya jaga tu. Tu pun sebab sarung bantal yang asalnya dah saya sarungkan ke bantal lain.. Lagipun memang dah lama niat nak buatkan 1 untuk dia.. Just simple-simple..saiz A4, bertema Ana Muslim (ntah jd ke tak Ana Muslim tu x kiralah..jnji siap)

Dan..selepas gambar baby tu bersama bantalnya saya beri pada mamanya, x sangka ramai pula yang berkenan selepas tengok gmbar ni kluar di fb.

Akhirnya, tanpa di sangka saya telah memecahkan rekod sendiri dengan menyiapkan 7helai sarung bantal dalam tempoh hanya seminggu! Puratanya sehari sehelai sarung bantal.. Fuhh..naik kebas juga jari-jari ni minggu tu sebab asyik dok kepit jarum je.


Untuk hasil yang memuaskan tanpa stress selalunya saya akan buat paling banyak 2helai@2biji bantal dalam seminggu. Tapi disebabkan customer ni minta buat cepat sebab nk jadikan hadiah untuk anak buahnya pada minggu hadapannya, terpaksalah juga saya siapkan dalam minggu tu juga..

Tempahan yang diminta ialah 2 sarung bantal upin ipin, 3 sarung bantal frozen, 1 sarung bantal muka customer sendri dan 1 sarung bantal gambar customer dan husbandnya..

Saya terima tempahan kategori urgent ni bukan sebab saya tamak, tapi sebab.. 
1) saya nak tau sejauh mana kemampuan saya untuk siapkan sarung bantal tu dalam tempoh hanya seminggu. 
2) kartun frozen saya belum pernah buat, dan saya teringin nak try buat
3) customer minta buatkan muka dia dan husbandnya..yg ni pun saya xpernah buat. Kalau buat pun selalunya sebagai hobi just lukis2 atas kertas

Disebabkan semua reason di atas tu sesuatu yang agak mencabar, so saya cuba menyahut cabaran tu.. sebab saya sangat suka pada cabaran!

Comel lak susun macam ni banyak-banyak lepas dah siap.. >_<

Oklah, untuk next entri pun masih dalam kategori urgent order. (Memang saje cari penyakit aku nih..) Nak tau kenapa saya kategorikan macam tu? Nantikan citenye k..bye..


Ahad, 5 Oktober 2014

Suka Suki ArtFrame

Assalamu'alaikum dan Alhamdulillah..

Masih mampu bernafas lagi di bumi Allah ni. Istimewanya..hari ni adalah Hari Raya Aidiladha. Tapi, disebabkan hari ini berjalan macam hari-hari biasa, tak ke mana-mana, tak de makan special-special (tengahari nanti bru nak masuk dapur), so pagi ni terasa nak update entrilah..

Actually lepas last entri hari tu agak free sikit dan saya ambil sedikit masa untuk deco artframe yg dah sbulan lbih dibeli dr Sportlight Ampang. Mood macam malas, tapi disebabkan en hubby tiba-tiba tanya pasal frame tu so kluarkan la juga segala peralatan kraf. Hari tu buat hari tu juga siap..fuhh..

Rasanya yang ni kalau uolls kreatif boleh je buat sndri kat rumah.. saya just share idea je..k


Actually bingkai frame tu hanya sekadar kayu. But saya warnakan dengan pewarna akrilik untuk menaikkan seri frame ni..



Di kedai yang sama ada juga dijual segala hiasan-hiasan yang sesuai kita tampalkan pd artframe ni. So di atas itulah antara kegunaannya untuk mencantikkan lagi artframe tu. Pada yang terlebih rajin n kreatif tu boleh je buat sendri guna apa sahaja yg ada di sekeliling kita..

Ok, stop dlu untuk kali ni. Next entri nak cite pasal the latest tempahan bantal yg dah diterima..k bye.. 

Selasa, 16 September 2014

Tempahan-tempahan Brooch

Bismillah

Entri kali ni takde nak cite tentang handmade terbaru, just nak cite tentang brooch-brooch reben yang dah saya buat untuk beberapa customer saya.

Ada beberapa design baru yang dah saya buat demi memenuhi permintaan customer. Tapi kebanyakan design-design yang saya buatkan tu tak banyak dan hanya sekadar sebagai test market untuk customer.


Yang ni tempahan dari adik ipar saya untuk anak-anak muridnya yang akan pergi bertanding. Untuk dirinya sendiri saya buatkan beberapa design baru dan untuk anak muridnya dia minta saya buatkn brooch pelangi.


Tempahan yang ini pula adalah untuk ibu saya yang katanya untuk dijual kepada kawan-kawannya. Ada yang saya buatkan sama dengan customer yang sebelum ni, selebihnya adalah percubaan-percubaan baru.

So, setakat ni inilah antara tempahan-tempahan brooch yang dah diterima selepas hari raya yang lepas. Kalau ada yang berminat menempah untuk korsaj, bunga dada rewang atau sebagai hadiah kepada tetamu yang datang di majlis perkahwinan, bolehlah hubungi saya di fb atau no yang tertera di atas tu k..

Terima kasih..

Isnin, 15 September 2014

Membantal lagi

Bismillah

Rasanya macam dah lama sangat tak membantal, kali ni tempahan bantal saya terima dari kawan sekolej saya dulu untuk anak tunggalnya. Design yang simple, tapi macam biasa, part paling mencabar bila orang request nak kartun Upin Ipin..sebolehnya saya cuba untuk buat sesama yang mungkin, tapi nmpaknya dapat hasilkan yang macam ni je. Nasib baik diterima..hehe..


Bantal ni bersaiz 15x15 inci, menggunakan material gabungan flanel dan felt keseluruhannya. Jangkamasa untuk hasilkan sebuah bantal sebesar ni sebenarnya kurang dari seminggu, tapi memandangkan sekarang da ambil job jadi baby sitter, masa yang ada agak terhad. Eh, termasuk cite lain plak..



Ok, yang seterusnya adalah sarung bantal untuk majlis bertunang. Macam yang terdahulu, customer saya memilih design yang sama untuk sarung bantalnya..

Kali kedua percubaan hasilkan kartun comel ni agak menjadi, saya sendiri agak berpuas hati sebab boleh dikatakan hampir 80% sama dengan yang asal. Cuma kalau selalu saya gunakan flanel untuk body bantal, kali ni saya gunakan felt sepenuhnya kerana permintaan customer yang nakkan warna bantal yang agak terang dari yang selalu saya gunakan. Malangnya stok flanel di kebanyakan tempat sudah habis maka terpaksalah saya gunakan kain felt untuk bodynya.. harap pelanggan saya berpuas hati..


Oklah, cukuplah dulu untuk bulan ini. Ada rezeki kita jumpa lagi di bulan hadapan k.. Assalam..

Set Batu Seremban

Bismillah..

Ok..untuk kali ni, nak citer tentang sesuatu yang belum pernah saya buat iaitu set batu seremban.. Set ni ditempah oleh kawan lama saya untuk sekolah tempat dia mengajar. Dia menempah 5 set batu seremban.


Set batu seremban ini mengandungi 1 beg uncang dan 5 buah batu seremban. Buah seremban ini dibuat daripada kain felt dan diisi dengan biji kacang hijau. Serius rindu zaman kanak-kanak bila buat benda ni, memang sangat nostalgia sebab dulu agak campion kalau main dengan adik-adik dan bespren..


Ada yang berminat untuk tempah seperti kawan saya ni? jangan malu jangan segan untuk contact k.. Adioss..

Tempahan Applique

Assalaamu'alaikum..

Fuhh..diam tak diam dah 2 bln tak update entri. Dek kerana busy yang terlampau sejak bulan puasa aritu, terbawa-bawa sehingga raya dan selepas raya. Maaf sangat-sangat pada yang tertunggu-tunggu entri terbaru dari saya.

Oklah, kali ni tak nak cite banyak, nak cite sikit2 je tentang tempahan-tempahan yg diterima sebelum bulan puasa aritu..


Applique Upin Ipin

Applique Nama


Menurut si penempah, applique-applique ini hendak diletakkan pada baju melayu raya anaknya. Diharapkan tuan punya tempahan ni puas hati dengan hasil handmade saya yang tak seberapa ni.. Dan, untuk yang berminat nak tempah macam ni, boleh juga diletakkan pada kopiah, beg anak-anak dan macam-macam lagi mengikut kreativiti masing-masing. Kalau ada yang minat tapi tak mahir dalam membuat applique yg macam ni boleh la tempah kat sy k..  Bye... >_<



Ahad, 29 Jun 2014

Brooch Raya..!

Bismillah..

Sebelum ke topik utama, sempena dengan 1 Ramadan pada hari ini, saya dengan ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua yang beragama islam khasnya kepada pembaca-pembaca blog saya.. Semoga Ramadan kali ini lebih bererti buat kita semua..

Seperti yang dijanjikan, entri kali ni nak buat sale sikit.. Simple-simple je..tu pun kalau ada yang berminat. Untuk makluman lagi brooch-brooch ni saya buat edisi hari raya dan tiada tempahan di ambil sepanjang bulan Ramadan. Tapi kalau selepas bulan puasa nanti kalau ada yang ingin menempah untuk majlis perkahwinan atau sebagainya boleh terus 'pm' ke inbox fb Alin Craft Lover k.. Jom kite cuci mata..!
 Brooch Melati - RM1.50/pcs
borong lebih 10pcs - RM1 shja

Brooch 3Tone - RM1.50/pcs
borong lebih 10pcs - RM1 shja

Brooch Pelangi - RM1.50/pcs
borong lebih 10pcs - RM1 shja

Brooch Bermanik - RM1.50/pcs
borong lebih 10pcs - RM1 shja

Brooch Blossom - RM2/pcs
borong lebih 10pcs - RM1.50 shja

Sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp ke nombor +6018-3985008 Alin
Boleh juga lawat ke fb Alin Craft Lover untuk produk-produk lain..tq.

Isnin, 16 Jun 2014

Bantal tunang dan kahwin

Assalaamu'alaikum semua..

Alahai..bulan ni terlewat pula meng'update' first entri. Agak sibuk hujung bulan lepas, membawa ke awal bulan ni. Tambah pula musim cuti sekolah, tak sibuk siapkan order, sibuk dengan anak-anak pula. Esok bermulanya semester kedua persekolahan. Sebelum sibuk uruskan hal sekolah anak-anak, saya nak update dulu entri pertama untuk bulan ni..

Sebelum menjelang bulan Mei lagi customer ni dah minta tolong buatkan bantal untuk dihiaskan pada katil pengantinnya. Dia minta saya design serupa dengan sarung bantal pengantin yang sebelum ni. Tapi sebab tak nak nmpak sangat copy-pastenya, saya ubahkan sikit-sikit..


 Bantal untuk pengantin perempuan

Bantal untuk pengantin lelaki

Kalau perasan, pada nama pengantinnya saya buat border. Semuanya gara-gara tersalah pilih wrna kain untuk huruf-huruf tu, jadi tak nmpak menyerlah. Pasrah je buat gitu, takut gak kalau-kalau customer tak suke. Tapi mujurlah customer saya semuanya baik-baik belaka. Alhamdulillah.. 


Yang di bawah ni pula tempahan dari adik saya sendiri untuk dijadikan hadiah buat kawannya yang dah pun melangsungkan perkahwinan.. (terlewat sikit siapkan sebab bleh terlupa. Nasib baik adik sendri yang tempah..hehehe)


 Designnya sama dengan bantal yang atas tadi sebab senang skali potong design yang sama. Tapi gambar perempuan tu tak sama gak.. Cuma, kalau yang atas tu kartun tu asing-asing, yang ni lak dia dok berdua. Saje bereksperimen dengan warna-warna ceria..harap si pengantin suke.. :)

Ok..tempahan seterusnya pula bertemakan pertunangan.. First time dapat customer yang minta buatkan bantal tapi designnya dr dia sendiri. Naik juling juga tengok gambar asal tu sebab agak kecil...dan cabarannya pula, nak sama sebiji dalam contoh yang diberi.

 Comey lak tengok kartun perempuan ni bergaya ala-ala tersipu.. (orang punya design berani la nak puji, design sendiri punya ala-ala skema..hehe)

Kartun lelaki yang ala-ala nak melamar.. (suke tang mata dia..weee...!)

p/s: Kepada sesiapa yang empunya design ni, klau terbaca entri ni dan terpandang gambar bantal di atas tu minta maaf sangat2 la ye. x berniat nak ciplak idea awak..saya cuma mengikut permintaan customer je..



Dengan ini berakhirlah dulu untuk entri kali ni, jumpa lagi sebelum ramadhan nanti, In syaa Allah.. Bye-bye..



Kalau nak tengok lain-lain contoh bantal tunang dan kahwin yang tak kurang menariknya, bleh klik di SINI untuk cuci-cuci mata ya..

p/s: Jangan lupa untuk ikuti entri seterusnya.. Ada jualan sempena Hari Raya menanti..


Ahad, 18 Mei 2014

Kelas Kraf Felt Pertamaku

Assalaamu'alaikum..

Alhamdulillaah...selesai akhirnya kelas kraf yang dinanti-nantikan. Tarikh asalnya adalah pada seminggu sebelum bulan Mei yang lalu. Tapi oleh kerana ada hal yang tak dapat dielakkan, terpaksalah tarikh itu ditunda ke 10 Mei. Apepun terima kasih tak terhingga buat student-student UM yang sudi panggil saya untuk menjayakan aktiviti kelab diorang. Walaupun tak seramai yang dijangka, namun ianya satu pengalaman yang tak ternilai buat diri saya.


Sesi pembelajaran dan demo..dibantu oleh adikku Herdalia@Kak Lia.



Masing-masing khusyuk menyiapkan bantal masing-masing..



Bersama hasil kerja tangan masing-masing..

Antara hasil kerjatangan saya yang dijual dan dipamerkan

Bersama pelajar-pelajar UM yang hadir pada hari tersebut. Thanks semua..!

Salah satu pengalaman baru juga bila first time handle kelas macam ni. Banyak yang dapat dipelajari dan diperbaiki untuk kelas-kelas akan datang. Semoga akan datang lebih sukses.. So, sekian dulu untuk kali ini. Entri akan datang berkaitan musim kahwin lg. Bye-bye...